Wednesday, May 18, 2011

Hidup ini terlalu singkat...

Dulu ada seorang pemuda yang terbangun di suatu pagi, lalu memandang ke cermin dan melihat dia hanya ada tiga helai rambut dikepalanya.  Dia berkata “ aku fikir aku akan mengubati rambutku hari ini”.  Jadi dia melakukannya dan mempunyai hari yang INDAH.

 Keesokan harinya dia terbangun, memandang ke cermin dan melihat bahawa dia hanya memiliki dua helai rambut dikepalanya.  “Hmmm”, katanya, “ku kira aku perlu merawat rambutku tengahari ini”.  Jadi dia melakukannya dan dia mengalami hari yang CERIA.

 Keesokan harinya dia terbangun lagi, memandang ke cermin dan melihat bahawa dia hanya memiliki sehelai rambut sahaja dikepalanya.  Lalu dia berkata, “hari ini aku nak hiaskan rambutku seperti ekor kuda”.  Jadi dia melakukannya juga dan dia mengalami hari yang MENYENANGKAN.

 Keesokan harinya dia sekali lagi terbangun, memandang ke cermin dan melihat bahawa tiada sehelai pun rambut dikepalanya.  Lalu dia berkata, “hoorreeeyyyy.. hari ini aku tiada rambut yang perlu diubati mahupun dihiasi”.  Dia tetap memiliki hari yang MENGGEMBIRAKAN.
  
 Sikap adalah segala-galanya....

 Jadilah yang terbaik melebihi yang diperlukan kepada semua insan dalam hidup anda...

Hiduplah dalam kesederhanaan,
Cintailah mereka seikhlasnya,
Hargailah sejujurnya,
Bertuturlah selembutnya,
Dan tidak henti untuk berdoa,
Hidup ini bukanlah tentang menunggu badai melanda...


 “Hidup bukan tentang apa yang anda kumpulkan tetapi apa yang anda lalui...
Ia menceritakan kehidupan anda ketika anda hidup...”

 “Hidup ini terlalu singkat untuk anda bangun dengan penyesalan..
Cinta dan sayangilah mereka yang memperlakukan sama kepada anda dan berdoakanlah kesejahteraan pada mereka yang tidak....”

3 comments:

  1. Hidup ini memang singkat kalau kita kenangkan...

    drop by menabung bersama nffng...
    salam perkenalan....
    klik link ni juga utk support iklan saya.

    http://www.churpchurp.com/normaliza/share/thegreatrace

    ReplyDelete
  2. post yg istimewa.. & cukup terkesankan..

    ReplyDelete
  3. & happi birthday to u bro Lee

    ReplyDelete