Monday, February 21, 2011

Auney @ Maulidur Rasul

Semalam (20 Feb 2011) aku membawa auney menyertai Perarakan Mualidur Rasul anjuran Surau Desa Coalfields.  Auney menyertai perarakan tersebut mewakili TASKA nya..
 
Aku bangga melihat dia biarpun seusia kecilnya telah mampu menyumbang sesuatu untuk Agamaku Islam tercinta... aku jua merasa puas dapat menunaikan tanggungjawabku bagi memastikan dia dapat menyertai perarakan itu...
 
 
 

turut memeriahkan suasana...
 
 
auney yg telah kepenatan... hehehe
Mungkin ada yg berkata aku riak tetapi aku puas dapat menemani dia dari awal hinggalah berakhirnya majlis itu berlangsung walaupun sebilangan besar ibubapa kepada kanak2 lain hanya menghantar anak mereka ke Taska dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada guru Taska tersebut sahaja.  
Uwan Auney yg turut sama datang utk bagi moral support pada cucunya biarpn terpaksa ponteng kelas agamanya.. hehehe TQ la ibumertuaku.. kekekeke
Bagiku adalah lebih gembira kanak2 tersebut melihat ibubapa mereka dapat bersama2 memeriahkan lagi majlis tersebut.. rasanya tidaklah keterlaluan kalau ku katakana ianya seharusnya menjadi tanggungjawab ibubapa itu sendiri untuk bersama disamping anak2 mereka biarpn terpaksa mengorbankan waktu rehat mereka di pagi Ahad... “Tepuk dada tanyalah Iman masing2!!!”.....
 Biarpun berhempas pulas aku untuk menguruskannya kerna culas untuk bangun pagi namun usaha aku dan dia berbalas dengan indahnya pabila Taskanya diumumkan sebagai pemenang untuk perarakan tersebut untuk katogeri TADIKA...
tak sabo nak ambil hadiah.. no. 1 tu bro...
 


Selain daripada aktiviti perarakan, terdapat jua acara lain seperti persembahan nasyid, penyampaian sajak & syair yang disampaikan oleh pelajar tahun satu.  Aku sungguh kagum dan terkasima & teruja mendengar penyampain dia yg sungguh menyentuh kalbu tanpa melihat kertas... Budak darjah satu bleh buat camtu??? Hebattt! Syabas laaa aku ucapkan....

Hebat btul budak nie.. syair meruntum jiwa....
syabas bro..  giat memperjuangkan hak Palestin!
amboi dik.. tutup la mulut tu skit.. masuk lalat nanti.. hehehe
 Aku & Auney balik dengan hati yg sungguh puas dan gembiraa..... no. 1 tu... huhuhuhuhu..... hehehehehe....

2 comments: