Saturday, February 05, 2011

Nuang.. Aku kembali menjadi tetamu mu...


Setelah hampir 2 tahun aku tidak menjejakkan kaki ku di Gunung Nuang, hari ini (2 Feb 11) sekali lagi aku kembali menikmati permandangan indah dan udara yang sungguh segar.
Aku tiba dirumah renjer pukul 8.45pagi, ketika itu telah kelihatan 3 pemuda yang telah memulakan perjalanan.  Rupanya aku tidak kesorangan arini...

Permandangannya tidak berubah masih indah seperti dulu-dulu.... aku memulakan langkah ku pada pukul 9.00 pagi, rasanya tak perlu tergesa-gesa kerana misi aku hanyalah Kem Lolo, so aku perlu menikmati keindahan ini sepuas-puasnya kerna mungkin lagi 2 tahun aku akan kembali lagi....
 
 
 
orang asli yg kembali mendiami hutan dara ini......
 
 
Setibanya di tempat yang dipanggil Pondok, aku lihat kelibat 3 pemuda tadi, menyedari mereka telah tersalah jalan, aku cuba menegur mereka tetapi tidak diendahkan... eemmm lantak laaa maybe diaorng lebih tahu mungkin ada jalan short cut kot! So aku meneruskan perjalan ku.
Sesampai saja di rumah pam, mereka telah berada dibelakang ku... tu laa tadi sombong sangat!!! Selepas itu mereka bertanya pada ku arah seterusnya, so aku tunjukkanlah jalan yang betul. 
 

Sebelum sampai di Kem Lolo, sekali lagi mereka sesat! Sebenarnya aku pun agak confius kerana ada pokok tumbang... setelah diamati baru lah aku tahu perlu melalui pokok tumbang tersebut... terpaksa laa aku pekik pada mereka agar mereka tidak terus  sesat... huhuhuhu..

Syukur Alhamdulillah,  akhirnya aku kembali ke Kem Lolo buat kali yang ke berapa pun aku dah tak pasti... yang pasti akuhappy sangat.  

3 pemuda tadi menghampiriku lalu aku tanya pada mereka adakah mereka lepak di Lolo atau meneruskan perjalanan.. mereka ingin meneruskan perjalanan.... setelah memberikan sedikit nasihat mereka meneruskan perjalanan... ak udoakan semoga mereka berjaya menawan puncak & selamat turun ke rumah renjer walaupun aku sendiri tak pasti mereka bleh lakukan atau tidak coz mereka nampak macam confius jer bila nak bergerak... huhuhuh selamat la korang....
 
 
 
Setelah mereka pergi aku terus bedal 2 bungkus nasi lemak & simpan lagi 2 untuk tengah hari plak.. kekekeke... 
inilah bekalan & sarapanku....

selepas itu wa mula memancing... Alhamdulillah tangkapan agak menarik... wa bawa balik 4 ekor yg agak besar & melepaskan 3 ekor yang belum akhil baligh lagi.. hehehehe
 
 
 
 
ini mangsa tangkap N lepas! kekekeke

Aku mengorak langkah turun pada pukul 1.30 petang... Selamat tinggal Lolo... ada jodoh kita jumpa lagi.... perjalanan turun mengambil masa hampir sejam 10 minit....
 

Ketika menuruni bukit yang terakhir, aku berjumpa dengan sekumpulan 12 org pendaki yang baru memulakan perjalanan.  Aku berenti bertegur sapa dan bertanya ada masalah ker? Kata mereka 2 orang telah pancit! Huhuhu dalam ati aku berdetik... aaiikkk baru mula dah pancit... check point pertama pun tak sampai lagi... masalah gak nie... Melihat pada mereka yang membawa barangan didalam beg plastic rasanya agak sukar untuk sampai ke Kem Lolo dalam masa yang singkat.  Apa2 pun aku doakan agar mereka berjaya sama seperti 3 pemuda yg tengah berjuang tu.. hehehehe...

Setiba di rumah renjer, aku disambut oleh pakcik renjer yang telah aku kenali sejak dulu lagi... dia masih seperti dulu, peramah dan mesra alam... kami berbuat seketika sebelum wa packing & cabuttt... 


Auneyyy..Ayah pancit.. tolong picit ayah... hehehehe...
Nuanggg..... suatu ari nanti pasti aku kembali lagi.... InsyaAllah....

1 comment:

  1. MAJU..MAJU.. SEMANGAT NUANG TAK AKAN LUNTUR. PANTANG BERUNDUR SEBELUM DI PUNCAK !

    ReplyDelete