Monday, February 07, 2011

Santai @ PD...


Hari pertama (3.2.11)

 Setelah hampir 2 minggu membuat persiapan akhirnya hari yang nantikan kunjung tiba jua.  Pada 3hb Feb 2011 yang lalu aku & family bersama 9 orang lagi sepupu sebelah my wife telah pergi bersantai di Port Dickson.  
Kami berkumpul dihadapan rumah mentuaku seawall 7.45pg. Setelah memberi sedikit penerangan berkenaan percutian ini dan aku sendiri sebagai kapitan telah membaca doa bagi memdapat keberkatan dan senantiasa dilindungi olehNYa. 

Pada pukul 10.30 pagi, perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam tersebut telah sampai di destinasi pertama iaitu berhampiran dengan Politek PD.  Permandangan pantai tersebut sungguh indah dan kawasannya agak tersorok dan tidak ramai mengetahuinya.  Mujurlah Wawan yang masih menuntut di Politek PD menunjukkan kawasan tersebut.  Sesungguhnya aku sendiri tidak pernah tahu akan lokasi tersebut...  tq bro.. cantekkk.. kekekek



Kami bersarapan nasi lemak & bihun goreng disitu... auney dah tak sabau nak terjun laut maka merenget lah dia meminta baju mandi strawberry yang aku belikan dulu....  auney oh auney...


Mereka yang lain tak melepaskan peluang bergambo... macam2 kerenah dapat dilihat.. inilah peluang sesekali untuk bermesra merapatkan talisiratulrahim untuk 2nd generation Hj Samsuddin.
 

Setelah menghabiskan 2 jam disitu, kami repack & memulakan perjalanan untuk pergi ke apartment yang telah disewa di Corus Apartment... TQ pada Brader Din coz dialah yg membuat trip ini menjadi kenyataan.. tanpa dia tak mungkin impian utk berkumpul menjadi reality coz tempahan disaat akhir memerlukan keajaiban... boleh dikatakan hampir semua hotel & apartment telah penuh.  Cuti Tahun Baru Cina sentiasa menjadi tumpuan org luar utk dtg ke PD.  Lebih menggembirakan coz harga yg bleh dikatakan termurah yg dia berikan membuatkan aku rasa sungguh gembira.. RM350 kira murahlah.. klau nak diikutkan purata RM400 – RM 500 untuk dua bilik tidor...so ada sesapa yg nak complaint ker??? Hehehehe

Sesampai jer di apartment, kami berehat sebelum memulakan aktiviti petang kami....
 
 
Pada sebelah petang kami semua menghabiskan masa dengan bermandi manda di kolam mandi dan juga di pantai yang berhampiran... suasana petang sungguh indah ketika matahari hampir terbenam... saat itu sungguh indah dan tak mungkin aku melepaskan peluang untuk lensaku merakam detik indah itu....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
cian... selipar pn kena rembat... huhuhuhu

Malam adalah saat yg dinantikan... ada beberapa game yg telah aku & wife sediakan bagi memenuhi masa lapang... hehehehe... 
 
 
 

Keriangan terpancar diwajah masing2... aku sungguh gembira kalau diaorng seronok coz bukan senang menjadi penganjur & memuaskan hati semua pihak....

Hari ke-2 (4.2.11)
 
Pagi nie aku bangan antara yang terawal... ku cuba jua untuk merakam suasana pagi tapi rasanya tidak secantek semalam....


Kami bersarapan di pantai.. coz selepas itu masih ada lagi aktiviti yang belum selesai... kali ini outdoor game... rasanya dah lama aku tak main pantai sebegini... huhuhuh
 
 
 
 
Kami kuar dari apartment tersebut pada pukul 12.30 tghari dengan membawa sejuta kenangan indah....

Singgah sebentar ditepi jalan untuk upacara penyampaian hadia kepada mereka yg telah Berjaya didalam permainan indoor & juga outdoor... hehehehe... yo..yo.. oo jer.. 

 
 
Singgah di Datarang PD utk menjamu selera dan membeli belah...
huhhh.. bila plak wife aku ada Iguana nie... kekeke
auney naik kuda tu... kira nanti nak wakil negara la katakan.. hehehe
" Sesungguhnya yg terbaeekkk itu datang dari NYA dan yg kureengggg itu dari aku yg lemah ini..."

Terima kasih aku ucapkan pada semua yang terlibat.... korang is the best of the best... jumpa lagi di percutian akan datang,,, InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment