Monday, February 14, 2011

Menjadi tetamu mu tidak pernah puas.. Nuang!


Seawal kul 7.00pg aku telah memulakan perjalanan.. berazam sekali lagi menjadi tetamu Nuang...
Di pertengahan jalan aku sempat singgah untuk merakam permandangan indah Kuala Lumpur.
Aku tiba di Rumah Ranger Nuang tepat pukul 8.30pg. Agak terkejut melihat deretan kenderaan yang berbagai jenis... hati ku berbisik.. eemmm tentu ramai tetamu Nuang kali ini.. rasanya perjalanan aku kali ini tidak kesunyian...

Setelah aku membuat pendaftaran dengan membayar RM1, aku memulakan pendakian pada pukul 9.00 pagi...
 
track permulaan...
 
antara pendaki lain yg terdapat di track ketika aku mendaki
Aku tiba di checkpoint Pondok pada pukul 10.00pg.. hatiku keriangan kerana catatan masa bertambah baik.  Sebelum ini aku memerlukan 1 jam 15 untuk sampai disini tetapi kali ini aku dapat memendekan sebanyak 15 minit.. horeeyyyyyy.....
4Wheel nie baru bergerak meninggalkan checkpoint Pondok

 
 
Setelah tiba di Kem Lolo aku tidak membuang masa dan terus memasang khemah biarpn aku tahu aku tidak akan lama disini.
Setelah selesai aku memasang khemah aku melihat kelibat seseorang yg aku kenal dah lama tak jumpa... setelah diamati dan aku pasti tk salah lalu aku memanggil pendaki itu.. 
Sah!!! Tk salah lagi.. Reen sahabat lama aku dulu baru sampai.  Kami sungguh gembira dengan pertemuan ini.  Dia maklumkan yg dia tengah training untuk menawan puncak Renjani(betul ker ni?? Kekeke) di Indonesia bulan depan.. Gud luck la bro... cemburu aku mendengarnya... aku doakan suatu ari nanti aku juga mampu menawannya.. InsyaAllah...
kawan gunung.. gunung jua tmpt bertemu....
Setelah berbual seketika, dia meneruskan perjalanan dan aku pula memulakan sarapan nasi goring tetapi malangnya tak sedap.. tkde rasa langsung.. huhuhuhu.. huh mancing lagi best & kenyang kut! Kekekeke
Semakin ramai pendaki yg sampai dikem Lolo nie.. tapi yg tak bestnya depa lepak ngan lubuk ikan aku.. huhuhu nie yg tak best nie... aahhh lantak laaa.. aku meneruskan niatku utk memancing biarpn ramai mata memandang.. gabra gak aku waktu tu coz ramai sgt org kat port aku memancing nie...
Yahoooo.. rezeki pertamaku dah sampai.. yg lagi best tu.. Ikan Tegas yang sangkut kat mata kail ku agak besar... apa lagi riak dan takabur laaaa aku kejap waktu tu... kekekeke.. mereka bersorak dengan kejayaanku... hehehehe

Tangkapan aku arini tak banyak Cuma 3 ekor jer.. mungkin ini disebabkan batu ladung aku telah ilang sangkut dicelah batu... 
Memandangkan ikan dah tak makan umpan.. aku mengambil keputusan untuk tido kejap.. zzzzzzzz.....
Setelah hampir sejam aku tido, akhirnya aku bangun dan bersiap untuk pulang... melihat disebelah khemahku ada sekumpulan pendakisedang memasak ayam barbeque... sebelum pulang aku sempat bertegur sapa dengan diaorang... aku sempat merakam beberapa keeping gambo diaorang tapi aku lupa nak tanya nama diaorang..sorry la bro.. hehehe anyway nice to meet u all....
salam perkenalan.. sapa nama korang yer??? kekekeke
huhu sedap tido bang??
orang putih pn ada? nie dah kira Nuang peringkat atarabangsa nie.. kekeke
Aku sampai dirumah Ranger kembali pada pukul 3.30ptg. Setelah mengadap Dia yang Esa untuk menunaikan kewajipan serta memanjat kesyukuran kerana mempermudahkan aktiviti riadah aku ini aku terus memandu pulang....
 
 
 
 
 
 
Auney.. tolonggg.... ayah pancit lagi... picit ayah jap... huhuuhuhehehehe....
Pastinya aku akan kembali lg.... tungguuuuuuuuuuu....

No comments:

Post a Comment