Tuesday, April 26, 2011

Alas Perut

 Iman Al-Ghazali, setelah habis menulis tujuh perkara beliaupun menulis mengenai perintah (wajib), keizinan (mubah), kejelikan (makruh) dan larangan (haram).

 Beramallah dengannya dan jagalah kesihatan kamu menerusinya.  Kamu akan dapat menghargai nilai agama dengannya kerana kehendak-kehendak jasmaniah manusia telah digariskan didalamnya.  Tujuh perkara itu adalah:-

  1. Makan setakat yang boleh meneruskan hidup
  2. Dengan makan, hidup seseorang itu boleh menyempurnakan tugasnya terhadap solat dan puasa.  Menjadi wajib pula menghilangkan kelaparan supaya kedua-dua tugas ini dapat dilaksanakan.
  3. Dengan makan, seseorang itu memperolehi kekuatan yang seperlunya untuk bekerja.  Makan sepenuhnya untuk itu adalah mustahak.
  4. Dengan makan, seseorang itu akan perolehi kekuatan untuk amalan-amalan sunat.
  5. Makan untuk memenuhi 1/3 perut dibenarkan.
  6. Makan banyak sehingga perut menjadi berat dan menyebabkan rasa mengantuk, dikatakan makruh hukumnya.
  7. Makan terlampau kenyang sehingga badan rasa tidak selesa boleh menyebabkan haram hukumnyan.

Iman Asy-Syafiee r.a berkata:-

“Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun kerana kekenyangan itu:-
  1. Memberatkan tubuh
  2. Mengeraskan Hati
  3. Menghilangkan kecerdikan
  4. Menarik kepada tidur
  5. Melemahkan dari beribadat”
  
Firman Allah yang bermaksud: Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

No comments:

Post a Comment