Wednesday, April 06, 2011

Pelawat & Follower budiman


 Terlebih dahulu aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sentiasa melawat & support blog aku yang tak seberapa ini.

 Tujuan aku wujudkan blog ini adalah untuk berkongsi keindahan alam yang aku pernah lalui untuk tatapan mereka yang tahu menghargaiannya dan berbicara pendapat dengan mereka yang bertamadum.

 Sesungguhnya blog ini bukanlah tempat untuk mana-mana individu melempiaskan kemarahan atau berbicara kasar dan lucah kerana ini bukan tempatnya! Carilah tempat yang bersesuaian... Aku semestinya tidak mengalami kerugian tanpa pengunjung seperti ANDA!

 Kalau ada yang terasa dengan kenyataan ini maka tepuk dada tanyalah hati budi dan akal sendiri....

 Akhir kata dari aku selaku pemilik blog ini... bagi mereka yang suka dan menghargai karya dan apa jua yang aku masukkan kedalam blog ini.. JUTAAN TERIMA KASIH AKU UCAPKAN & ini membakar lagi semangat aku untuk berkarya tapi pada mereka yang tak reti bahasa dan suka kepada keburukan tanpa menjaga hati dan perasaan pengunjung lain... aku dengan hormatnya meminta ANDA supaya tidak lagi mengunjungi blog ini... TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN!!!!

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya.”

No comments:

Post a Comment