Friday, April 22, 2011

Memotong kuku ikut cara Rasulullah S.A.W



 Lama sungguh aku tak menulis di blog aku ini... masa sungguh mencemburui aku.. atau akukah yg melupai masa...

 kali ini aku ingin berkongsi tentang tatatertib memotong kuku mengikut sunah Rasulullah S.A.W...

 "Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."(Al-Ahzab:21)

 Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun beliau meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup di kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W.

 Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sekalipun perkara itu kecil.

 Mungkin bagi kita memotong kuku ini suatu yang kecil namun kiranya dilakukan mengikut cara  Rasulullah S.A.W, pasti kita tergolong dalam umatnya.

 RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada;
 
Hari Sabtu     :Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
 
Hari Ahad      :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
 
Hari Isnin       :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
 
Hari Selasa    :Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
 
Hari Rabu      :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
 
Hari Khamis  :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat   :Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 

2 comments:

  1. salam penulis..sy nak ambik article nie untuk tunjuk kt kengkawan sy..mekasih

    ReplyDelete
  2. berkongsilah yang baik nescaya pahalanya berganda... saya izinkan... hehehehehe

    ReplyDelete