Friday, April 22, 2011

Kembali ke stadium

Bergambo ngan fanatik perak
 Rasanya sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku di stadium bagi menonton perlawanan bola sepak secara live... kalau tak kerana adikku & hubby dia yang bersusah payah datang dari Ipoh.. mungkin hingga kini aku masih belum terbuka hati untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium kerana aku lebih suka menyaksikannya di rumah.
MU vs Perak!
 
Kenangan di litar go cart
sukanya auney tgk go cart sebelum ke stadium...
 Sabtu yang lalu dengan semangat yang berkobar-kobar ( masa tu laa.. hehehe) aku dan bala tenteraku telah menyerang Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan diantara Selangor dan Perak.. huhhh penuh bersemangat hingga Jersey perak yang telah lama terperuk di dalam almari telah kembali melekat ke tubuhku!!.. Auney juga tidak ketinggalan memperagakan baju bola Peraknya yang aku baru saja beli untuknya. Aku membelinya ketika membeli tiket pada tengahari tersebut kerana takut nanti kehabisan ataupun terpaksa beratur panjang.. sesuatu yang sangat aku mahu elakkan...
 
Penyokong cilik
 
 
 My wife punya pendirian tersendiri kerana dia dalam dilemma! Hehehehe.. almaklumlah orang Selangor katakan.. nak sokong Selangor takut kena tinggal dirumah maka baju Manchester United jadi pilihan.... atasa pagar la dia katakan.. huhuhuhu....
Penyokong setia perak!!!
 
 
 
 
 
 Selain dari adik & adik iparku dari Ipoh, 2 orang adik ku juga turut serta disamping rakan adikku dari Melaka dan Caol sepupu wifeku dan member dia juga turut serta....
loncat lagi... kekekeke..
 Rasanya telah lama aku menikmati suasana didalam stadium semenjak aku berenti berniaga T-shirt didalam stadium suatu ketika aku bujang dolu-dolu.. hehehe.. kini semangat itu kembali kedalam sanubariku... macam ingin ku teruskan aktiviti ini jika ada kelapangan InsyaALLAH....
 
 
 
 
 
 
 
 
 Biarpun perlawanan itu berakhir dengan kekalahan Perak 0-1 ditangan Selangor ( Happy giler wife aku.. rasa macam nak tinggal jer dia kat stadium tu.. huhuhu) namun aku merasa cukup puas dan gembira tambahan pula semangat penokong Perak yang tak berenti bersorang menyokong pasukan pujaan biarpun wisel penamat telah ditiupkan... hidup Perak... Perak tetap no 1.... kejor yob kejor... jangan tak kejor.. kalah sekali tak bererti kita kalah selamanya... tengah semangat nie....hehehehe...
Perak No. 1 tetap dihatiku.. bangga jadi anak jati PERAK!!!

No comments:

Post a Comment