Tuesday, March 22, 2011

Allah masih lanjutkan usiaku!

Kiranya ku tahu...
Bila tiba maut menjemputku...
Akan ku pohon moga ALLAH lanjutkan usiaku...

Kiranya ku tahu...
Tika mana waktunya tiba...
Akan ku pohon ALLAH agar tidak bercerai roh dan jasadku...

Amat ku takuti tiap dosa-dosaku ini...
Amat ku geruni dosaku menghimpitku...

Kiranya ku tahu...
Israil datang menjengahku…
berikanlah ku waktu bertaubat padaMU…


Sesungguhnya aku insan yang takut pada NerakaMU...
Pun jua aku tak layak bagi Syurga FirdausiMU...


Ya Allah... Ampunilah dosa-dosaku..
Ya Tuhanku... Terimalah taubatku....

 Syukur ku panjatkan pada Illahi kerna memanjangkan lagi usiaku ini.  Sungguh kerdil rasanya diriku takkala memikirkan kejadian yang menimpaku pagi tadi... masih melekat jasad dan roh ku ini...

 Tidak ku sangka dalam berhati-hati malang masih mampu datang menyapaku. Aku hampir kemalangan biarpun aku telah amat berhati-hati....

 Didalam hujan yang lebat aku menunggang motorku dari Sg. Buloh ke Bangsar untuk rutin harianku KERJA! Rasanya sejurus kuar dari pinti pagar rumah mentuaku, aku telah merasa ada sesuatu yang tak kena tetapi ku gagahi jua perjalananku. Pabila memasuki Highway PLUS, hujan turun dengan selebat2nya.. aku berbelah bagi antara mahu berteduh atau meneruskan perjalanan.  Sememangnya ku tidak gemar untuk berenti berteduh lalu ku meneruskan perjalananku.  Didalam hati aku tak berenti memanjatkan doaku pada DIA yang Esa agar melindungi perjalananku. 

 Biarpun aku memakai baju hujan namun curahan Rahmatnya yang amat lebat itu membuatkan aku semakin terasa air telah meresap kedalam. Sejuk mula mengigit tubuhku.

 Setiap selekoh mahupun tempat yang berisiko tinggi ku lalui dengan perasaan berdebar-debar... kita hanya mampu merancang namun DIA jua yang menentukannya.. Setiba di satu selekoh dari Pusat Bandar Damansara menuju ke Bukit Bangsar, sesuatu yang sangat ku takuti terjadi jua... jalan yang licin itu telah membuatkan tayar belakang motorku hampir tergelincir... imbangan badanku udah mula tidak stabil.. dalam hati aku sempat berdoa jangan lah aku tergolek diatas jalan kerna ia akan menambahkan lagi risiko disapu kenderaan yang ada dibelakang...

 Pabila Landing Time, aku berjaya mengelakkan dari tidur diatas jalan tapi landscape bunga tepi jalan milik DBKL menjadi tempat aku menghempaskan motor dan tubuhku.... sorry la DBKL.. ini dah kira pendaratan kecemasan...kekekekeke

 huhuhuhu.. biarpun aku tidak mengalami sebarang kecederaan namun kejadian itu membuatkan aku trauma dan menadah tangan memanjatkan rasa syukur kepada DIA yang masih memberikan aku peluang untuk terus menghuni duniawi ini dan menyembahkan diri pada DIA yang SATU!...

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”

No comments:

Post a Comment