Tuesday, March 15, 2011

Apa akan jadi pabila kita berdoa....


Suatu hari aku telah bermimpi pergi ke Syurga.  Di sana aku telah berjumpa dengan Malaikat. Beliau telah membawa ku berjalan2 dan menunjukkan aku beberapa bahagian. 

Bahagian pertama yang ku lihat adalah Bahagian Penerimaan.

Aku melihat disekelilingnya, suasana amat sibuk sekali, terdapat banyak Malaikat yang sedang menyusun dan membahagikan permintaan doa semua orang di seluruh dunia mengikut perkhususan tertentu.

Selepas itu aku meneruskan perjalanan ke bahagian kedua.

Malaikat itu berkata bahawa ini adalah Bahagian Memproses & Penghantaran. Setelah dipersetujui dan diluluskan oleh ALLAH, semua doa dan permintaan hambanya akan dihantar semula kepada memohonnya untuk ditunaikan segala permintaan mereka…. Aku melihat disini juga suasanya amat sibut sekali.  Terdapat banyak Malaikat yang bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan semuanya berjalan mengikut yang sepatutnya…

Akhir sekali aku sampai disatu bahagian yang paling jauh sekali. Bahagian ini sangat kecil.  

Aku terkejut cuma ada satu Malaikat sahaja yang berada didalam bahagian ini dan tidak banyak yang dilakukannya. “Ini adalah Bahagian Akuan Penerimaan” kata Malaikat itu dengan perlahan sekali. Aku melihat dia tertunduk malu. Aku bertanya inginkan kepastian “Mengapakan disini seolah-olahnya tiada kerja?”

“Sungguh menyedihkan!!!” Malaikat itu berkata.  “Selepas menerima atau mendapat apa yang dihajati, terlalu sedikit yang memberi maklumbalas”.

Aku bertanya lagi, “Bagaimana ia harus dilakukan?”

“Senang saja” jawab Malaikat itu. Ucapkanlah “Syukur Alhamdulillah – Segala puji bagi mu ya ALLAH, Tuhan MAHA Mengetahui”

“Apakah dia rahmat yang patut mereka mensyukuri?” tanyaku lagi?

 “Sekiranya kamu mempunyai makanan didalam peti aismu, pakaian dalam almarimu, bumbung dan tempat kamu tidur dan berteduh, kamu antara 75% yang kaya didunia ini. Sekiranya kamu punyai wang di dalam bank, didalam beg duit dan duit siling yang bersepah diatas meja solek, maka kamu antara 8% manusia yang paling mewah didunia.

“Dan sekiranya kamu punyai komputer sendiri, jadilah kamu 1% sebahagian dari dunia ini yang mempunyai peluang tersebut”

“Kiranya kamu bangun dari tido dipagi yang indah ini dan sihat dari segala penyakit.. kamu lebih bertuah daripada mereka yang tak sempat untuk melihat sinar mentari hari ini…”

“Dikala kamu mampu pergi ke Masjid tanpa rasa takut ditahan dan diseksa hingga menemui ajal, seharusnya kamu bertuah jika mahu dibandingkan dengan tiga ratus juta orang yang lain didunia ini”.

“Jikalau kamu masih mempunyai kedua orang tuamu yang masih hidup dan tinggal bersama... kamu antara yang sangat bertuah..”

“Jika kamu mendongak ke langit dan tersenyum, kamu bukanlah biasa tetapi antara yang unik…”
“Ok, jadi bagaimana? Bagaimana harus aku mulakan?” kataku lagi…

Jikalau kamu dapat membaca nukilan ini, kamu menerima dua rahmat. Satu dari seseorang yang berfikir tentang kamu dan kedua, kamu sangat istimewa kalau nak dibandingkan dengan dua ratus juta orang di dunia ini yang tidak berpeluang untuk membaca semua ini.

Selamat menikmati hari yang indah, hitunglah rahmat yang kamu miliki dan sekiranya kamu menghargainya sebarkanlah pada mereka betapa bertuahnya kita selama ini….


U/P : Bahagian Akuan Penerimaan
“Terima kasih ya ALLAH yang MAHA Esa, kerna memberi aku peluang ini untuk berkongsi rahmat pesanan ini yang telah DIKAU sampaikan kepada ku kepada mereka yang aku sayangi….

Sesungguhnya aku amat mensyukuri apa yang dilimpah kurnikan oleh MU ya ALLAH terutamanya keluarga yang bahagia dan rakan-rakan yang prihatin….


 Hargailah dan mensyukurilah ketika kamu masih punya jasad dan roh yang masih bersatu…..

No comments:

Post a Comment