Sungguh banyak kenangan yang mengusik jiwa pabila mengimbau sewaktu di negara tembok besar ini... antara kenangan yang tak dapat dilupakan adalah masalah komunikasi antara aku dah staff hotel... tika itu rasa macam nak marah tapi bila dikenangkan kembali lucu rasanya.. lain yg diminta lain plak yang diberi... aku minta iron nak gosok baju tapi pengelap tingkap yang ku dapat! Macam itik cakap ngan ayam.. yang lagi hangin tu aku bukan cakap dalam bahasa melayu tetapi simple English disertakan dengan gerak badan.. tu pun tak paham gak.. btul punya lembab tu! Hehehehe
Pada pandanganku pabila bekerja di sector perhotelan dan juga pengangkutan awam, seharusnya punyai basic pengetahuan English maka tidaklah terpinga-pinga bila berhadapan dengan pelancong kerana pekerja sebegini bukan sahaja mewakili syarikat mereka bekerja malah mereka juga mewakili negera di mata dunia... huhuhuhu...
Kita seharusnya berbangga bila pelancong2 ini kembali kenegara masing2 bercerita tentang kebaikan kita dan bukannya merungut hingga mematahkan semangat rakan dan taulan mereka untuk melancong ke negara kita... betul tak???
Sayonara Beijing... ada jodoh ketemu lagi... |
Pastinya melancong boleh dijadikan salah satu cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik buruk dapat diketahui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.
Walaupun melancong lebih bersifat santai, tetapi tidaklah hingga kita alpa untuk berfikir kerna ketika merehatkan diri, minda masih perlu digerakkan secara positif supaya tercerna kebaikan ketika melancong.
Barang sesiapa yang tidak dapat menjiwai minat terhadap sesuatu pemandangan atau keindahan sehingga terbuka minda dan merasai kehebatan ciptaan Allah, itulah tanda hatinya sudah tandus dan minda menjadi kelam.....
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)
No comments:
Post a Comment