Wednesday, March 30, 2011

Gunung Tebu @ Mt. Sugar Cane


 Kali ini aku nak berkongsi pengalaman yang aku rasakan antara paling berharga dalam lipatan sejarah pergunungan aku.  XPDC kali ini adalah ke Gunung Tebu @ Mt. Sugar Cane kat Daerah Besut Terengganu.
Tengah menunggu bas di Hentian Putra..
Aku & dia yg aku lupa nama.. sorry bro.. hehehe
Tiba di pagi buta... tido jap di stesen bas!
 Terletak 24 km dari Pekan Jertih , Gunung Tebu ini terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut. Di sini pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
 
 Selalunya aku naik gunung dengan Sifu Lan tapi kali nie aku join member dia  Mie, Syawal, Lawak, Balok, Hani, Zura dan sorang lagi yang namanya aku tak hingat!!! (sorry laaa bro.. lama sangat!!!) hehehehe... Yang lebih menariknya trip ini aku join tanpa dirancang... kira last minit betul.  Actually XPDC ini bleh dikatakan acara memanaskan badan kerana aim aku sebenarnya Gunung Yong yap  3 minggu selepas ini (aku story kan nanti)
 
 
 
 
 Gunung Tebu ini sebenarnya adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki... tu yang heran camna bleh kantoi tu.. huhuhuhu .... Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.... kira aku nie lulus la bertapa kat atas tu.... kekeke....
 
 
 
 
 
 
 
Batu Bersurat yg terdapat di puncak gunung ini..
 
bergambar kenangan dengan group lain yg mendaki bersama...
Satu2nya kubur yang terdapat dipuncak gunung ini...huhuhu...
 
 
 
Berkhemah semalam lagi di Hutan Lipur Lata Belatan sebelum gerak pulang ke KL
 Sejarah tersendiri tercipta disini apabila aku terpaksa berjalan hingga ke pukul 8.00 malam... sesuatu yang tak pernah aku buat selama aku berkecimpung dalam arena gunung ini... kira overtime laaa... hehehehe... entah dimana silapnya aku pun tak pasti... yang pastinya kami semua selamat pergi & kembali tanpa sebarang masalah besar.. cuma penat dia terlebih skit kut... hehehehe.... 
Menanti bas Di Stesen Bas Besut
Terpancar kepuasan disetiap inci wajah mereka yang berjaya menawan Puncak Tebu!
Sejuta kenangan didalam lipatan sejarahku tertulis lagi...
  Mission warming up telah terlaksana... nanti ceritera XPDC Mt. Yong Yang akan menyusul plak!... Tungguuu.... hehehehe

3 comments:

  1. Jauh berjalan.. luas pemandangan.. bertambah pengalaman.. yg rerbaek bro... teruskan!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,
    wah.. seronoknya... suka saya tengoj gmbr2 tu :)

    ReplyDelete
  3. TQ on ur comment & support!... realy appreciate.. InsyaAllah makin bersemangat utk aku berkongsi kenangan terindahku...

    ReplyDelete