Wednesday, March 09, 2011

Katak oh Katak


Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek : an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia ( Bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik ; dan lavarnya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan  gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketikamusim mengawan.

Malam ini aku bertemu dengan sang katak.. pertemuan tidak dijangka... katak malam ini nampaknya selesa disana... aku hanya melihatnya seketika sambil merakam gambonya..... takut pula kehadiranku ini mengganggu ketenangannya...

Katak.. oh katak... engkau panggil lah hujan agar malam ini tidak kepanasan..... sungguh terasa bahangnya...

Selamat malam katak malam ku... tinggallah engkau dalam kegelapan malam biarpun ada yang tinggal didalam kegelapan alam....


No comments:

Post a Comment