Friday, June 24, 2011

Harimau Malaya – Sejarah tercipta!

 Aku adalah diantara peminat bolasepak yang menjadi saksi terciptanya sejarah baru bolasepak tanah tumpah darahku di Bukit Jalil semalam.
 Aku puji permainan menarik yang ditontonkan di separuh masa pertama. Jaringan Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor bagiku sungguh cantik bertarafkan antarabangsa.
 
 Namun dapat dilihat kegoyangan di separuh masa kedua agak ketara ketika Gary Steven Robbart dilayangkan kad merah pada minit ke-50. Selepas itu pemain negara nampaknya agak tertekan. Lubnan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-63 menerusi Chadi Atie.
Benteng Malaysia diasak hebat!
Sebahagian dari penyokong yang membanjiri stadium semalam
menanti tiupan penamat dengan penuh debaran...
 Dengan semangat tak mahu mengalah biarpun diasak bertali arus, benteng pertahanan kekal perkasa bertahan untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan ketiga buat kali pertama sejak 1984.
Suka MALAYSIA, Duka Lubnan! adat perlawanan.
Penyokong keriangan meyambut sejarah yg tercipta...
 Sekali lagi aku ucapkan bravo dan congras pada Team Malaysia coz berjaya mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia di mata dunia....
Aku, Topoy & his pren...
 Tabik Spring x3 beb!!!

No comments:

Post a Comment