Thursday, June 23, 2011

XPDC Yong Yap - 2005

 
 Bagi mereka yang berkecimpung dalam alam pendakian gunung ini pasti sudah biasa dengan tagline “G7” (7 Gunung yang terdapat disemenanjung Malaysia yang mempunyai ketinggian 7 ribu kaki ke atas).

 Bagi aku Gunung Yong Yap(7110 kaki) ini adalah gunung yang ke-5 aku berjaya menawan setelah 4 puncak lagi telah ku tawan sebelum ini iaitu Tahan(7175 kaki), Yong belar(7156 kaki), Gayong(7,129) & Korbu(7126 kaki). Terletak di Tasek Temenggor, bersempadan dengan negeri Perak & Kelantan, gunung ini memiliki banyak flora yang mempunyai nilai perubatan.

 Seperti biasa masterpiece dia tentulah Otai Lan @ mentor ku!. Menjadikan XPDC ini lebih istimewa adalah kerana kami akan bergabung dengan beberapa pendaki dari Singapura yang diterajui oleh Abang Rashid, satu nama yang tidak asing lagi bagi pengdaki gunung di KL.
penimbang gergasi...
 
 XPDC ini bermula pada 20th Mei 2005 dan berakhir pada 24th Mei 2011 terdiri daripada 12 pendaki termasuk aku. Dengan menaiki Keretapi kami bertolak ke Sungai Siput.  Keesokan harinya barulah kami bertemu ngan geng Singapore di Lasah.  Dari sana kami menaiki 2 Lorry Pick up menuju ke Post orang asli dimana misi menawan puncak bermula.
 
 
 
 
pick up sangkut! bukan sebarangan pemandu yg bleh bawa 4wheel melalui jalan yang mencabar sebegini...
 
Rumah org asli pakai kuasa solar.. canggih tu... hehehe
last checking sebelum memulakan pendakian..
 
Pendakian bermulaaa..
 
take five! minta nyawa....

Sifu ku Otai Lan
rehat sambil bergambar di rumah kongsi balak yang telah ditinggalkan.
 
sampai di tapak khemah dimana kami berkhemah sebelum menawan puncak keesokan harinya
terdapat kumpulan pendaki lain yang telah ada disini.. mereka dalam perjalanan turun..
gotong royong menyediakan makan malam...

menuju puncak...
 
 
 
Alhamdulillah. Puncak ke-5 telah ditawan!

 
 
Aku, Otai Lan & Abg Rashid (baju kuning)
tumbuhan di puncak
 
 
aku dan kumpulanku
geng abg rashid & budak Singapore
All for One!
puncak ke-5.. give me five!

 
Kenangan sebelum pulang...
manyak dengki ini budak... kekeke
tempat berkumpul orang asli
 
menanti bas utk ke Bandar Ipoh
Berakhirnya satu XPDC...
  Sejuta kenangan suka duka ku lalui menerusi XPDC ini.  Kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Biarpun aku masih mempunyai dua lagi puncak gunung yang harus aku tawan sebelum lengkap koleksi G7 aku namun semua itu bergantung pada otai Lan.  Aku telah berjanji pada diri ini yang tak mungkin aku mungkiri (InsyaALLAH) bahawasanya koleksi aku itu hanya akan ku lengkapi dengan Otai Lan (Lan.. dengar lah rintihan murid mu ini... kekekekeke).

 Kiranya aku ditakdirkan hanya 5 puncak itu jer yang akan menjadi koleksi peribadiku, aku tetap gembira dan berpuas hati.  Terima kasih pada sifu ku Otai Lan. Tanpa dia tak mungkin aku miliki segala kenangan yang aku kecapi selama ini di lapangan pergunungan ini..... TQ bro...

No comments:

Post a Comment