4th Day - 31st Mei 2011 (Tuesday)
Arini pepagi lagi aku dah kuar umah merayau mencari kedai makan utk dibeli sarapan! Singgah sebentar di Good Looking Point utk melihat permandangan Lapangan Terbang Langkawi dari atas bukit.
Alhamdulillah kali ini hasratku tertunai takala melihat ada sebuah kedai makan yang dibuka. Maka juadah nasi lemak dan roti canai telah ku beli dan ku bawa pulang... nasib baik ada beb.. kekeke..
Hari ini tempat pertama yang kami lawati adalah Tasik Dayang Bunting. Kami menaiki boat dijeti yang berhampiran dengan TM Resort. Sungguh tak kusangka! Dapat juga ku lihat TM resort dari dekat.. hehehe...
Perjalanan mengambil mengambil masa lebih kurang 20 minit. Perjalanan ke tasik itu sungguh indah dikelilingi pulau kecil... sesudah sampai disana, kami hanya diberi masa 1 jam untuk melihat persekitarannya coz lepas nie masih ada 2 destinasi yang hendak dituju..
Setelah hampir 10 minit berjalan meredah hutan dan bukit, akhirnya kami sampai di tasik yang di tuju... Sungguh indah permandangan disitu... tenang dan damai... terdapat juga pengujung lain tapi tidaklah ramai hingga menyesakkan tempat itu... Aku tidak melepaskan peluang untuk mandi disitu. Begitu juga dengan Auni dan sepupunya yang lain...
Setelah puas mandi dan masa juga tak mengizinkan, kami meninggalkan Tasik Dayang Bunting itu utk ke destinasi seterusnya....
Seterusnya kami singgah di satu sangkar ikan dimana terdapat beberapa spesis ikan yang dibela bagi member peluang pengunjung melihat lebih dekat ikan2 yg terdapat dilautan dalam seperti Haruan Tasik, Kerapu, Tiger Fish, Buntal dan banyak lagi...
mywife dgn timun laut |
Haruan tasik |
Kerapu |
besau tu haruan tasik... (betul ker nie?.. kekekek) |
si buntal... |
tiger fish |
jinak betul ikan tu sampai bleh tangkap ngan tangan jer... |
kenang-kengangan |
Pengalaman melihat helang menyambar perut ayam adalah sesuatu pengalaman yang tak mungkin ku lupakan.. aku kagum bagaimana pemangsa itu menyambar makanannya... teruja beb...
Setelah itu kami ke destinasi terakhir sebelum pulang ke jeti iaitu Pulau Beras Basah. Permandangannya sungguh indah. Singgah disini seketika bagi menikmati keindahan alam CiptaanNYA yg tak terbanding... ada ramai yg mandi manda tapi kami cuba berehat melepaskan lelah seketika...
unit! kulit pokok yang memiliki bentuk seperti wajah manusia... |
canteek tak? |
salah satu aktiviti yg terdapat disini... |
percutian yg manyak syok wwooo... |
Seterusnya kami ke Underwater World Langkawi. Biarpun penat belum hilang meredah badai ombak tadi, peluang sesekali ini tak mungkin dilepaskan. Namun makmentua & bapakmentuaku tak joint coz diaorng dah pernah masuk... takpe laaa mungkin ini peluang untuk mereka berdua-duaan tanpa ganguan anak, cucu & anak antu seperti aku ini.. kekekek...
macam takut jer auney??? heheheh |
Setelah abis menjelajah kami pulang ke homestay denan seribu kenangan... rehat dulu.. petang nanti nak repeat RAMS untk shopping lagi.. kekekekeke
Macam ada yang kurang... sekali lagi ke RAMS utk ber shopping lagi.. aku bawa jer...hilang jer mereka di telan RAMS... aku dan auney meloloskan diri berehat di tebing laut menikmati keindahan matahari terbenam dengan penuh ketenangan... lantak korang laaa.. janji bahagia....kekekeke
Sebelum balik, kami makan dulu.. balik bleh terus padam... zzzzzzzzzzzzz......
Last day punya kena tungguuuuuu.............. to be continue...
No comments:
Post a Comment