Thursday, June 09, 2011

Road to Langkawi-Day 2

2nd Day - 29th Mei 2011 (Sunday)

Real journey has begun! Kini bermulalah percutianku yang sebenar.  Seperti rutin percutian ini, kami bergambar kenangan bersama bondaku, adikku dan anak buahku Amir.  Kami bertolak dari rumah bondaku pada pukul 9.30pg. Perjalanan ke Jeti Kuala Perlis terasa terlalu lama.
 Singgah sebentar di Masjid Al-Rahman , Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam untuk melepaskan lelah dan penat setelah hampir 3 jam memandu.
 
 Tiba di Jeti Kuala Perlis pada pukul 12.30tghari.  Kami menaiki Feri pada jam 1.00ptg. Penat dan letih tidak kelihatan diwajah auney dan juga sepupunya walaupun terpaksa menunggu feri dalam keadaan panas dan tidak selesa... masih sabar menunggu... hehehe...
First time aku tengok traffic light ada yg kecik sama tinggi ngan cermin keta bila memandu.. pelik tu.. hehehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Setiba di Jeti Pekan Kuah, Langkawi, kereta sewaku Toyota Innova telah sedia menanti untuk berkhimat.  Empunya rumah home stay ku juga telah menanti ketibaanku sekeluarga untuk menunjukan arah destinasi yang harus di tuju.
 
Innova berkhidmat dengan cemerlangnya....
tempat berteduh dan beristi rehat setelah penat meneroka keindahan Langkawi..
 
 Mak mentuaku memuji rumah itu yang sungguh kemas dan selesa biarpun agak jauh sedikit dari Pekan Kuah.  Apa pun aku gembira semuanya baik dan tiada masalah dari kereta sewa mahupun tempat berteduh selama 3 malam tersebut.

 Setelah semuanya selesai berkemas, kami memulakan kunjungan pertama iaitu Kota Mahsuri.  Aku merangkap perancang utama percutian ini sekali lagi memikul tanggungjawab sebagai pemandu kereta Innova tersebut. Aku tak kisah janji semuanya happy... hehehehe
 
 
 
 
 
 

 
wajah asal Mahsuri

jelmaan Mahsuri... kekekeke..
Ibu mentuaku version sporting abis punya... hehehe..
 
me & my family.
Setelah puas menyelongkar setiap inchi kawasan Kota mahsuri tersebut kami ke Bamboo Beach Restorant untuk makan malam... lapo beb....
 
 
 
 
 
 
 
sebelum dan selepas... peehhh lapo giler nie.. kekeke
sunset yang indah.. Maha Suci ALLAH SWT.
lampu malam yang sungguh indah!
  Lepas semua kekenyangan aku ingin bawa mereka pulang ke Ulu Melaka dimana rumah home stay aku terletak namun lain plak ceritanya... hehehehe terserempak plak dengan port shopping....apa lagi susut nilai laa RM dalam poket ku.... hehehehehe RAMS oh RAMs
 

Balik umah terus zzzzzzzzzz.....................

No comments:

Post a Comment