Thursday, August 16, 2012

Auney capai sasaran peribadiku



 Sedar tak sedar dah 28 hari kita berpuasa... sungguh cepat masa berlalu... namun aku bersyukur  coz masih bernafas di Bumi ALLAH ini untuk terus beribadat kepada DIA yang Maha Esa.

 Sebenarnya aku pun tak percaya juga sikecilku Auney yang berusia 6 tahun November ini dapat mencapai sasaranku 10 hari untuk berpuasa tahun nie.  biarpn bermula lambat... 13 Ramadhan baru mula berpuasa penuh... namun Auney cukup bersemangat untuk mencapainya...

 Semalam genaplah 10 hari dia berpuasa. Aku sungguh gembira. Dia bukan sahaja dapat berpuasa dengan sempurna selama 10 hari itu malah makin bersemangat untuk bangun sahur membuatkan rutin yang selama ini makin aku jarang amalkan kembali di praktikan demi memastikan auney cukup bertenaga untuk terus berpuasa diesokan arinya... hehehehe....





Tahniah & syabas Nur Auni Athirah @ Auney. Ayah sungguh berbangga dengan kamu...

Wednesday, August 15, 2012

Salam Syawal



Assalamualaikum,

 Huhhh… sedar ataupun tidak Ramadhan semakin ke penghujungnya… masa semakin singkat rasanya….

 Dikesempatan ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan serta keampunan kiranya ada kekhilafan yang sedar atau pun tidak sepanjang aku menulis diblog ini…. Sesungguhnya segala kebaikan itu datang daripada NYA yang Maha Esa dan kesilapan dan kecelaruan itu datang dari diriku yang kerdil ini.

 Sambutlah hari mulia ini dengan kesederhanaan. Bagi mereka yang memandu itu, pandulah dengan penuh berhati2 kerna kecelakaan itu mungkin dapat di elak kiranya kita lebih berwaspada. Jangan lupa, pastikan harta benda yang ditinggalkan itu berada dalam keadaaan yang selamat. Laporkan pada Balai Polis berhampiran selama mana ketiadaan korang dirumah jika perlu.

 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat rakan taulan, dan para pembaca semua. Moga Cahaya Aidil Fitri membawa penuh pengertian… InsyaALLAH…