Monday, March 26, 2012

Polis Malaysia cakap tak serupa bikin


 Acap kali kita dimomokkan dengan nasihat supaya pengguna harus mematuhi undang2 jalanraya… namun sering kali aku melihat mereka ini sendiri yang sesuka hati melanggar undang2 yang mereka cipta itu sendiri…

 Dahulunya pernah aku mengekori dua ekor polis peronda yang menggunakan motosikal untuk memantau kawasan disekitar PWTC. Sekor menggunakan kapcai tanpa kedua belah cermin sisi (side mirror) dan sekor lagi menggunakan motor jenis scramble yang no plat belakangnya hampir tak nampak kerana letaknya terlalu kedalam di bawah seat! So camna pengguna lain nak hormat polis nie… orang lain buat kena saman.. diaorang buat takpe ker????

 Semalam plak aku mengekori satu kereta peronda di kawasan Kota Damansara.. aku heran kenapa laaaa keta peronda nie lembab sangat.. bila di potong keta peronda tu.. rupa-rupanya pemandunya sedang bergayut dengan ceria sekali tanpa mempedulikan sekeliling.. apa punya mangkuk laaa.. menyusahkan pengguna jalanraya yang lain… nak keja ker nak bergayut???.....… ini laaa akibatnya bila polis terlebih makan donat!!!!

 Nasihat aku kepada Polis Diraja Malaysia nie… cermin & betulkan diri sendiri dahulu sebelum nak menilai orang lain.. Kepimpinan melalui tauladan….

 “Jangan jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan betul, padahal dia sendiri berjalan bersepah-sepah…”


Lu pikir laa sendiri….. Piiiraaaahhh!!!!

Tuesday, March 20, 2012

ngadulah pada ALLAH SWT

hahahaha.. sesuailah pada mereka yang suka mengadu mahupun lepas geram di laman sesawang nie... kekekeke


Tuesday, March 06, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya!




Bercakap pasal doa,
 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang ini seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan business. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
 

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

 
“Yang baik itu adanya dari DIA yang maha mengetahui lagi maha memenuhi permintaan hamba2Nya…. Tetapi yang buruh itu kelemahan & kekhilafan diriku sendiri…”