Tuesday, July 31, 2012

Aku dan Bas


 Sabtu lepas aku balik kampung kt Kurau Stone, Silver State (klau tak paham.. lu pikir la sendiri…) kekekekeke..

 Apa yang ku ingin kongsikan disini adalah buat sesuatu itu harus ada perancangan yang teliti.. (padan muka aku…. Gamble sangat! Kekeke…) kononnya nak beli tiket on da sport tapi penyudahnya beli tiket ke Kamunting tapi turunnya kat Kuala Kangsar sebab nak sampai awal ke kampung so aku kawtim ngan budak transnational supaya aku dapat naik bus yang menuju ke Kuala Kangsar.. dari sana aku plan nak naik bus or teksi ke Taiping & dari Taiping naik teksi balik kampung…

 Cerita yang menariknya yang mengembalikan nostalgia yang ingin aku kongsi disini adalah pabila aku naik bus dari Kuala Kangar ke Taiping… Bus Red & Yellow Omnibus Sdn Bhd…mak jang rasa mcam nak tertanggal semua skru.. punya laa bergegar… gerun plak aku rasanya… panasnya plak toksah cakap laa.. mana ada air-con.. tingkap semata jer… sepanjang jalan bergegar-geger dan melompat-lompat…teringat waktu sekolah dulu… bas macam tu laa yang aku naik untuk mencari ilmu di sekolah yang jauhnya lebih kurang 10KM. penumpangnya tak brapa ramai… nak turun kena tekan loceng.. kringg.. kringgg… kekekeke… klasik beb…







 Sesungguhnya aku rasakan pengalaman itu sungguh mengusik jiwaku.. lucu & gerun… tak mungkin ku lupakan dan mungkin juga tak mungkin ku naik lagi kalau tidak terdesak giler…

“pengajaran dari pengalaman > rancanglah perjalanan anda dengan teliti supaya tak menyusahkan diri sendiri… kekekek”

Thursday, July 26, 2012

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar



Dalam masa kita sekarang bersuka-suka dibulan puasa.... berebut2x utk mengejar pahala.... dan selepas ni kita nak sambut raya plak.... rupanya ada saudara kita di Burma yg menanggung derita atas kekejaman kaum kafir... dan mereka ini tak pula di lebel sebagai terrorist... paling sedih, pihak berkuasa polis dan tentera pun menyokong mereka.... huhuhu... mari kita doakan agar mereka dipelihara Allah.. dan semoga Allah membantu mereka serta menghentikan kekejaman ini....



"Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?"
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
 

1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar.

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit




"Ini bukan jahat tapi kejam & zalim dah.... moga ALLAH SWT menurunkan bala ke atas kaum Buddhis Rakhine yang dilaknati ini..."

Lu pikir la sendiri..... 

Tuesday, July 24, 2012

KURMA AJWA


 

 ASAL USUL KURMA AJWA

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri. Di ceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk di makan oleh baginda. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa. Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan di maklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah


Adab dan khasiat

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sabda Rasulullah s.a.w 
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS. Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: 
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: 
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: 
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Qola rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam :
“man tashabbaha kulla yaumin sab’a tamaraatin ‘ajwatan lam yadhurrahu fii dzalikal yaumi summun walaa sihrun”. (shohiihul bukhaari)

Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)


Baru kahwin - Taqiah & Fitri



Taniah & selamat melayari bahtera perkahwinan... Ingat kahwin itu BAHAGIA.... dan bahagia itu tak semestinya selalunya indah....

Harungilah ia dengan penuh ketabahan.....

Moga ikatan ini berkekalan hingga keakhirnya.... InsyaALLAH....

 
 
 

 


 
 


 
 


 




 

Selamat Pengantin Baru buat Taqiah & Fitri.....