Friday, December 23, 2011

Ayah.. perginya seorang HERO!


MyDad MyHero....

Tanggal 23 Disember 2007, 8.40mlm kembalinya seorang yang amat dan paling ku sayangi! ABD RASIK MOHD LAZIM kembali kepada PENCIPTA yg ESA...

 Sesungguhnya pemergian akibat barah buah pingging itu telah meninggalkn seorg balu, 5 anak & 3 cucu yg akn merinduinya teramat sgt. Pemergian ini 1 kehilangan yg tiada penggantinya! ... perginya tak kembali lagi... Biarpun dia sudah tiada didunia fana ini, namun dihatiku dia kekal selamanya....

 Aku redha. Aku pasrah. Aku hanya insan daif lg kerdil utk mempertikai mahupun menahan ketetapan NYA. Namun jauh dilubuk hati, aku hanya mampu berharap, ini hnya 1  mimpi ngeri atau1 masa yg mampu ku ubah kembali. Sesunggahnya tidak terlintas difikiran aku untuk menerima hakikat yg maha benar ini.

Ayah...

 Aku kini tlh menggalas bukan sahaja tanggungjawab kepada family sendiri juga family ayahku.

Dalam tangisn kepiluan aku berdoa dan aku pohon kpd DIA, ALAH yg MAHA ESA lagi MAHA MENGETAHUI agah roh ayahku ditempatkn disamping org2 yg beriman & soleh, Amin.

Moga pemergian ini mempunyai hikmah yg tk hingga zatnya.


Ayah!

 Ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu seperti mana dikau menyayangi kami semua. Angah ingin menjadi seperti mu! Insan mulia yg tegas namun penyayang...

Ayah!

 Tenanglah dlm sayap Nya. InsyaAllah kita akn ketemu jua dgn izin Nya. Angah teramat menyayangimu & menyanjungimu! Semadilah dgn aman & tenang. Tanggungjawab suatu tika dulu tergalas atas bahumu akan kini berpindah ke bahu angah. Dgn izin NYA, akn angah laksanakn seadil & sesaksama yg mungkin. Percayalah anak tunggal lelaki mu ini....

Sayonara ayah.. Jumpa lg di sana....

Al-fatihah.

sambut besday yang ke 63tahun
first time kena tahan di HKL.. kena plak tido atas pengusung.. sedih betul!!!
kenangan dirumah along...
ayah bersama cucu pertamanya...
kenangan bersama achik & fish..
sweet memory - ketika menggenggam segulung sijil diplomaku
kenanagn terindah di Teluk Bati Perak



Raya 2001
bergambah bersama keluarga anak angkatnya (Keluarga Abg Wahid Putra)
Raya 2002

Raya 2004


aku, emah & arwah

pasangan yang secocok
ku pohon keampunan...
Raya 2006


“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu””. (al-Haysr: 10)



Saturday, December 17, 2011

KAYA Kopitiam, Jejantas Sg. Buloh – TerHAMPEHHH!



 Aku nie bukanlah makhluk yang cerewek tapi pagi nie kesabaranku teruji... tengok pada Branding dan susun kedai nie bleh laa nak di samakan macam White Town Coffee House or Coffee Bean..

 Harga menunya pn bleh tahan gak.. so aku mengharapkan services dia pun hampir sama laa kalau tak setaraf pun.. namun segala tanggapanku meleset sekali... sungguh HAMPEHHH!!!

 Air kopi dan teh yang dipesan dihidangkan dalam cawan kertas yang bagiku layak dan hanya boleh dilihat di rumah terbuka ataupun acara sukan sekolah rendah sahaja.. kecian sungguh.. kedai gah namun nak beli cawan seramik lebih pun tak mampu....

sungguh sedih... tak setaraf dengan imej kedai yang gah!
 Telur separuh masak pula dihidangkan dengan sungguh meloyakan... sudahlah ianya telah dipecahkan dan dimasukkan kedalam cawan kertas juga dan tiada sudu!!! Nak suruh tongak macam minum air sejuk ker??? setelah di tegur barulah dihantar pula 2 mangkuk plastic macam ku lihat di sekolah TADIKA Auney....ada ker patut??? rasanya kedai tepi jalan pun tahu jaga standard!

tengok pun tak selera nak telan....
mangkuk kat TADIKA Auney pun lagi cun dari yang ini!!!
 Sengkek sangat ker kedai nie??? Kalau nak meniaga biarlah dengan ikhlas dan penuh beretika.... aku bayar sama saja seperti orang lain tetapi kenapakah aku dilayan sebegitu rupa???

harap kedai jer macam bagus tapi services hampeh!!!
 Nasihat aku pada diri sendiri dan juga mereka yang membaca.. semoga tiap apa yang kita buat dalam kehidupan biarlah jujur dan ikhlas kerana tiap yang berlaku pasti ada balasan mahupun hikmah... fikir-fikirkanlah....

 “U will get what u give!!!”



Friday, December 16, 2011

XPDC Mt. Kinabalu 2011 via MESILAU (Panorama & view Edition)

 Keindahan dan kecantikan pemandangan di Gunung Kinabalu ini sememangnya tidak dinafikan lagi..

 Aku sungguh bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menikmati Keindahan Ciptaan Illahi ini sekali lagi...

 Alhamdulillah.....



















 




































“Kinabalu... nantikan kemunculan ku lagi... ini bukanlah XPDC ku yang terakhir.. suatu ari nanti pasti aku akan menjadi tetamumu untuk ke sekian kalinya... InsyaALLAH....”