Friday, September 16, 2011

Selamat menyambut Hari Malaysia & Merdeka-Raya


Selamat Menyambut Hari Malaysia dari aku buat warga Malaysia semuanya... moga kemerdekaan yang dinikmati dan dikecapi ini berkekalan selamanya...

 Doaku jua harapan ku moga kemerdekaan ini bukan saja dizahirkan pada luaran saja sekadar mengibarkan jalur gemilang namun minda dan pemikiran harus bebas dari jajahan makhluk luar terutamanya orang puteh..

 Tanahairku tumpahnya darahku dan mungkin jua tersemadinya jasahku nanti... InsyaALLAH...

 MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEK!!!


Thursday, September 15, 2011

Merbau Sempak, Sungai Buloh dilandar banjir kilat

 Salam simpati dari aku kepada mereka yang terlibat.  Inilah first time aku tengok banjir kilat dikampung mentuaku itu...

 Alhamdulillah rumah mentuaku tidak tergolang dikalangan rumah yang dimasuki air. Sungguh bersyukur kerana rumah mentuaku selamat.

 Berita tak rasmi mengatakan ada yang terkorban semalam.  Kiranya benar berita itu, ucapan takziah pada keluarga mangsa.  Doaku moga dia ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman disisi NYA... Amin..

 Al-Fatihah!

Wednesday, September 14, 2011

Ragam – Paparan waktu solat


 Pelik tapi benar! First time tengok sememangnya tak perasan tetapi bila diamati baru aku terkejut.. ada juga kesilapan sebegini rupa...

Apa pun harap mereka yang mengetahui tetap perkara ini membetulkannya dengan segera...

Kelakar tapi seharusnya dipandang serius!!!