Acap kali kita dimomokkan dengan nasihat supaya pengguna
harus mematuhi undang2 jalanraya… namun sering kali aku melihat mereka ini
sendiri yang sesuka hati melanggar undang2 yang mereka cipta itu sendiri…
Dahulunya pernah aku mengekori dua ekor polis peronda
yang menggunakan motosikal untuk memantau kawasan disekitar PWTC. Sekor menggunakan
kapcai tanpa kedua belah cermin sisi (side mirror) dan sekor lagi menggunakan
motor jenis scramble yang no plat belakangnya hampir tak nampak kerana letaknya
terlalu kedalam di bawah seat! So camna pengguna lain nak hormat polis nie…
orang lain buat kena saman.. diaorang buat takpe ker????
Semalam plak aku mengekori satu kereta peronda di
kawasan Kota Damansara.. aku heran kenapa laaaa keta peronda nie lembab
sangat.. bila di potong keta peronda tu.. rupa-rupanya pemandunya sedang
bergayut dengan ceria sekali tanpa mempedulikan sekeliling.. apa punya mangkuk
laaa.. menyusahkan pengguna jalanraya yang lain… nak keja ker nak bergayut???.....… ini
laaa akibatnya bila polis terlebih makan donat!!!!
Nasihat aku kepada Polis Diraja Malaysia nie… cermin
& betulkan diri sendiri dahulu sebelum nak menilai orang lain..
Kepimpinan melalui tauladan….
“Jangan
jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan betul, padahal dia sendiri berjalan
bersepah-sepah…”
Lu pikir laa sendiri….. Piiiraaaahhh!!!!
No comments:
Post a Comment