Friday, February 28, 2014

Perang Uhud



PERMUSUHAN antara orang Quraisy Makkah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Perang Uhud adalah peperangan kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud.

Peperangan ini melibatkan tentera Islam  diketuai oleh Nabi SAW dan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.

Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang dikalahkan oleh tentera Islam sewaktu di dalam Perang Badar terdahulu.

Mereka berasa sangat terhina kerana tentera Islam berjaya mengalahkan mereka, di mana 70 orang pemimpin terkemuka mereka terbunuh dan 70 orang lainnya ditangkap, sementara hanya 14 orang Muslim sahaja yang mati syahid.

Kaum musyrikin Quraisy kemudiannya menghimpunkan bala tentera seramai 3,000 orang termasuk 3,000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang telah menuju ke Madinah untuk menyerang umat Islam.

Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad SAW telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.

Baginda SAW meminta para sahabat memberikan pendapat masing-masing dengan melakukan musyawarah sama ada mahu bertahan di Madinah atau bertempur di luar Madinah.

Rasulullah SAW telah mengusulkan kepada para sahabatnya agar tidak pergi ke medan Uhud dan berkubu sahaja di Madinah.

Abdullah bin Ubai, si munafik bersependapat dengan cadangan Rasulullah, tetapi para sahabat yang terdiri dari anak muda tidak bersetuju, dan bersungguh-sungguh mahu berjihad di luar Madinah.

Melihat pendapat kalangan sahabat yang rata-ratanya mahu berperang di luar Madinah, Rasulullah SAW mengabaikan pendapatnya sendiri dan memutuskan untuk bertempur di medan terbuka.

Baginda SAW memakai kelengkapan perang sambil di pinggangnya disarungkan pedang, sementara itu para sahabat tiba-tiba muncul perasaan menyesal dan serba salah kerana keputusan mereka telah menyebabkan Rasulullah SAW keluar ke medan Uhud. Sedangkan Rasulullah SAW yang meminta mereka agar bertahan sahaja di Madinah.

Menyedari keterlanjuran tersebut, kaum Muslimin yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, kami tidak akan menyalahkanmu. Lakukanlah apa yang Tuan kehendaki. Jika Tuan ingin menetap di Madinah, lakukanlah.”

Dengan tegas Rasulullah SAW menjawab, “Seorang Nabi, jika sudah memakai baju besi, maka tidak patut dia menanggalkannya semula sehingga ALLAH SWT memberikan keputusan antara Dia dan musuh-Nya.”
Keputusan kalangan sahabat untuk bertempur di luar Madinah bukanlah lahir daripada sikap melawan terhadap keputusan Baginda SAW, tetapi lahir daripada semangat jihad yang membara.

Oleh itu, keputusan Rasulullah SAW telah bulat dan sepakat menerima keputusan musyawarah yang berpihak kepada para sahabat. Mereka keluar bertempur, medannya di Bukit Uhud. Inilah keputusan bersama, apa pun hasilnya juga menjadi tanggungjawab bersama.

Angkatan perang kaum Muslim pada awalnya terdiri daripada 1,000 bala tentera. Ketika pasukan Muslim mendekati Gunung Uhud, Abdullah bin Ubai telah berjaya memainkan peranannya dengan menghasut sebilangan tentera Islam untuk keluar dari menyertai peperangan dan kembali ke madinah. Akhirnya seramai 300 tentera telah mengikuti Abdullah bin Ubai pulang ke Madinah.


Tiup semangat kebangkitan

Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy akhirnya telah meletus di pinggir Bukit Uhud. Takdir ALLAH, umat Islam telah menerima kekalahan walaupun pada pusingan pertama pertempuran di Uhud, bibit-bibit kemenangan memihak kepada tentera Islam.

Namun, disebabkan kealpaan pasukan tentera memanah menuruti arahan Rasulullah SAW, telah mengundang seribu satu sebab mengapa tentera Islam tewas di medan Uhud.

Baginda SAW turut terjatuh ke dalam lubang yang digali Abu Amar Ar Rahab sehingga menyebabkan kedua-dua belah lutut terbelah luka, pipi Baginda SAW cedera dan giginya patah.

Tidak kurang juga tentera Muslim ada yang terkorban dan rata-ratanya mengalami kecederaan yang teruk  akibat serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Walaupun tentera Islam mengalami kekalahan, namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah SAW.

Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula.

Kehebatan dan kepantasan Rasulullah SAW dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas kepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada menyampaikan dakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah ALLAH terus berada d tempat yang tertinggi.

Inilah dia peranan sebenar ulama yang dikatakan pewaris nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada ALLAH ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum ALLAH dalam menjalankan kehidupan seharian.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi ALLAH telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 Surah An-Nisa’: yang bermaksud:

 “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.”







Wednesday, February 26, 2014

Quality vs Quantity




Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia x nak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak.

so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Tak dok sorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut. Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.

"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Heeemm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia sangka jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu, letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, "Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam" Dia terus menyambung, "islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.. ^_^ 





Friday, February 14, 2014

Friend from Madrid, Spain



Siapa sangka panjat gunung dapat kawan.. Oversea lagi.. kekeke...


Aktiviti riadah mengeratkan sirraulirahim sesama insan... merapatkan dua benua... menyebarkan keindahan budaya ketimuran... pastinya dia tak lupa cantiknya bumi Malaysia....

Carlos.. u are the man... awesome...




Jom panjat lagi.. Aki Nabalu... tungguuuu Next Year InsyaALLAH aku bertamu kembali....