Thursday, October 20, 2011

Mt. Kinabalu tunggu... aku datang lagi!!!

Cabaran Kinabalu bersama Kelab TSSSB 02.11.2002-03.11.2002

Percaya atau tidak aku kemungkinan kembali ke Gunung Kinabalu sebagai tetamu untuk sekian kalinya...


XPDC Mt. Kinabalu with My-wife & Super-friends 12.05.2009-13.05.2009

Kalau misi ini terlaksana maka aku akan memegang rekod berjaya menawan bumbung tertinggi Asia ini sebanyak tiga kali... InsyaALLAH...

Kali ini aku merancang pendakian solo dan pendakian bermula dari trail MERSILAU... aku hanya berseorangan dari KL.. berkemungkinan akan ada pendaki dari KK yang akan join namun mereka akan mengunakan laluan biasa iaitu dari trail TIMPOHON.. namun bagi aku inilah pendakian aku tanpa rakan dari semenanjung.. huhuhuh... advencture beb... kekeke...

Penginapan telah ditempah.. juru pandu kegemaran pun telah dihubungi.. persiapan telah bermula... memanjat tangga sebanyak 20 tingkat dan berjogging telah menjadi rutinku setiap hariku....

Moga apa yang dirancang dipermudahkan dan direstui ole NYA... DIA yang MAHA berKUASA lagi MAHA MENGETAHUI yang terbaik untuk hamba-hambaNYA... InsyaALLAH....

“Mt. KINABALU... aku kembali menjadi tetamu mu.. nantikanlah kunjunganku....”.

Monday, October 03, 2011

Trip to Tawau

 Huhh.. lama sudah aku tidak menulis di blog ini... kekangan tugas harian membuatkan aku tiada masa untuk berkarya biarpun terdapat banyak lagi bahan yang blum aku update di blog ini terutamanya kenangan manisku di bulan Syawal. InsyaALLAH diizinkan oleh NYA akan aku muat turun jua kenangan terindah ku itu...
flight yang membawaku ke Tawau
PICC, Putajaya dari atas...
 Kali ini aku ingin berkongsi pengalamanku ketika bertugas di Tawau.  Bandar kedua di negeri Sabah yang aku lawati.

Namun perjalananku kali ini diselitkan dengan pengalaman baru iaitu ditahan oleh polis yang bertugas di pintu pemeriksaan.  Tanpaku sedari aku telah memakai tali pinggang yang tersimpan BUKU LIMA! Dengan sedihnya aku terpaksa serahkan kepada pengawai tersebut tanpa kerelaan.. huhuhuu.... journey must go on!...

Pengalaman pahit itu terpadam setelah melihat permandangan yang indah dan menakjubkan dari kaki langit.. aku sungguh teruja....




Namun sekali lagi aku kurang bernasib baik pabila dijamu dengan roti canai & kari ayam jer ketika diatas kapal terbang... terbako rasanya hati ini memikirkannya.. sudah laa aku belum makan tengahari lagi... roti canai jer!!!! Hampeh betul MAS nie... alasan mereka nasi dah abis.. blehh??? Dah tau tengahari.. lebihkan laa bekalan nasi... roti canai nak kenyang camna.. dah laa saiznya sebesar tapak tangan aku jer... huhuhuhu... nasib badan laaa.....


Allahamdulillah urusan kerjaku disana berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. sambutannya juga sungguh menggalakkan... syabas TM! Terima kasih TMpoint Tawau kerana telah bertugas dengan penuh didkasi... bravo TMpoint Tawau...



Ketika aku ditawau aku dilayan dengan baik sekali... permandangan ditepi lautnya sungguh indah...tenang rasanya ketika menikmati keindahan alam tersebut...

















Makanannya juga sungguh segar dan menyelerakan... seafood disana juga murah jika nak dibandingkan dengan di semenanjung...pendek kata jauh sungguh berbeza... hehehehe....

Mengo Sago
Nasi Goreng Udang Butter

Pisang Goreng Butter
Durian Sago... terbaaaeeekkk beb!!! heheheh
 TAWAU.. jika diberi peluang lagi.. mahu ku kesana lagi dan kali ini mungkin untuk bersantai bersama keluarga tersayang... InsyaALLAH... tungguuuuu....

Sayonara Tawau... ada jodoh bertemu kembali...