Monday, February 11, 2019

HIMALAYAN EXPLORATION RIDE 2019-Ada Bran?


HIMALAYAN EXPLORATION RIDE 2019
HIMALAYAN EXPLORATION RIDE 2019
HIMALAYAN EXPLORATION RIDE 2019

Bermula *30 August 2019 - 09 September 2019 (11 Hari)* TM Bikers merancang untuk mengadakan ride yang julung-julung kali ini ke Sempadan India & Pakistan yang dikenali sebagai *HIMALAYA* . mungkin ramai telah tahu serba sedikit mengenai cabaran trip tour ride ke sana. Dari segi keadaan muka bumi, route, motosikal dan juga ujian mental mahupun fizikal yang perlu di persiapsiagakan. *DIINGATKAN SEKALI LAGI*Peserta akan di Screen/Tapis sebelum layak untuk menyertai Ride Adventure ini!!!
*Tarikh akhir bayaran pada 28 Feb 2019 ini..lepas tu kita dah tak layan..flight,Motor dan urusan lain2 dah perlu kami uruskan..harap beri kerjasama🙏ðŸŧ*

*FLIGHT*
30 Aug 2019 - 11.00PM (DELHI)
09 Sept 2019 - 7.00AM (KLIA)
p/s : Kita transit/stay/lepak Airport Delhi mlm tu sementara tunggu domestic flight 31August2019 pagi ke Srinagar

*Total costs per pax =*
*Rider RM7500*
*Pillion RM5100*

*Organizer provide =*
-motorcycle royal Enfield Himalayan/500cc @ Bullet 350 + fuel
-hotel + breakfast +lunch + dinner +wifi+hot water
-boathouse
-khemah(tent)
-fuel all in
-flight kl-delhi-kl
-flight delhi-leh
-flight Srinagar - delhi
-tour agra + taj mahal
-tour leh
-tour Srinagar
-mechanic
-4x4
-tour guide/marshall
-permit
-oksigen tank
-AMS pill
-Baju Ride 2 Pcs
-Travel Insurance

*Exclude:*
VISA INDIA RM450
International license RM150
Pocket money RM400 (Anggaran)
Simcard RM80

*Downpayment yang diperlukan;*
*RM2000

Bayaran kepada Akaun seperti berikut :
*Mohd Fadil Hamdan*ðŸĶ
*MAYBANK* ðŸŊ
*114299300624*

Nota:
*kita buka penyertaan sehingga 20 pax (Maximum) & Couple juga boleh turut serta setelah mendapat green light dari tour agent disana*
*Syarat sebelum masukkan nama,anda mestilah TIDAK ADA sebarang penyakit / elergic dibawah :*


1. Ada asthma? 
2. Ada sakit jantung? 
3. Ada darah tinggi? 
4. Bole tido dlm khemah?
5. Tidak ada tandas yang selesa sepanjang penjelajahan 
6.Perjalanan 90% adalah Off Road









Berminat?

Call laju laju....

+60133411337
ApeqLee

Friday, February 08, 2019

Himalayan Exploration Ride 2019

Assalamualaikum...

Berita baik untuk Biker tegar yang sukakan cabaran...




Jangan tunggu lagi...

Kita jumpa disana....


Thursday, February 07, 2019

Sajak Orang tabligh

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita semuakan sama
Umat Nabi SAW semuanye,

Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah takde, klu kita tak buat
sape pula❓ðŸĪ”ðŸĪ”
 Takan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, x kan nak goyang kaki saje❓

Orang Tabligh,
Lari!!*Larii!
Orang Tabligh datang,

Yg tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh.. 🙂😊😄 betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.🙃

Orang Tabligh,
💊 Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, 😄ðŸĪŠ
Dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,ðŸĪ­ mmg nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
BERBondong2 org dtg.
ðŸ‘ŧðŸ‘ŧðŸ‘ŧðŸ‘ŧðŸ‘ŧðŸ‘ŧ

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu, Nak diajak pd Allah yg satu.
 ☝☝☝☝
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah Taala kan ada,
Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Ke kadang buat silap… Adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat (r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung Terlaser..*sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Israel pun ada, Insya Allah seluruh dunia
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.😭😭😭

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali, Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
“ Kita skang kan di zaman IT”
“ Tak main la sunnah2 nih!”
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..☹ðŸĪ”

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
 bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi*,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan),

Bila lagi❓

Orang Tabligh,
Malam2
doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2, tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni “THE BEST UMMAT”

Orang Tabligh,
“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??”❓ðŸĪ”
Mmmm… kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
“ I can’t go..sorry!”
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
“ Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!”
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,

Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg td josh (bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi, Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau *bab dunia
(cth: *kursus naik pangkat),”

“ no prob., anytime kami ready!
“ Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh.. ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,🌏😏
Bab akhirat, masing2 buat x kesah, x amik peduli….ðŸ˜Ĩ😰

YAA ALLAH SELAMATKAN KAMI SEMUA UMAT NABI SAW❗❗

In Syaa Allah... Aamiin

ULANGKAJI MENGAJI

SEMPURNAKAH SOLAT KITA

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus

Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita

Rukun solat ada 13

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian

I. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. Rukun Fi’il iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat

1. Tidak Takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara LAFAZ

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara LAFAZ

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat

1. Semasa Takbiratul Ihram

2. Semasa membaca Al Fatihah

3. Semasa Tahiyat Akhir

4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir

5. Semasa lafaz salam

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

Sebarkan kebaikan
Kongsikan kebahagiaan