Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin

 Dikesempatan ini aku menyusun 10 jari memohon kemaafan kiranya ada kekhilafan aku sepanjang berkecimpung dalam arena blogspot nie...

 Kepada mereka yang senantiasa menghargai hasil kerjaku tu aku ucapkan jutaan terima kasih.. tanpa sokongan anda.. tak bermakna blog aku ini..

 Tidak lupa juga pada mereka yang mendoakan kesejahteraan MyWeapon tu.. nantikan lagi keindahan ciptaan Illahi yang akan ku rakam sepanjang Syawal yang menjelang tiba nanti... kekekeke....

 Sebelum aku mengundur diri.. ingin disini aku nasihatkan kepada diri sendiri dan juga kengkawan supaya sentiasa double checking ketika keluar rumah.. pastikan semuanya telah tertutup dan berkunci... peralatan elektrik tu pastikan telah di suiz off! Jangan tinggal sesuatu yang boleh menarik perhatian penyangak & penyamun berkunjung & berhari raya dirumah ANDA!!!

 Bagi mereka yang memandu ketika pulang ke desa mahupun kota.. memandulah dengan penuh berhemah dan berwaspada... ingat 3K.. 

1.Kelajuan yang bersesuaian ketika memandu
2.Kesabaran dalam apa jua situasi.. Jem itu standard di musim perayaan
3.Kenderaan mestilah berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan itu...

Pendek kata “Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu Laju Kepala Lumat

Lu pikir laa sendiri.....


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun zahir & batin dari Apeq, Iza & Auney

Thursday, August 25, 2011

Sifat 'Terpuji' Rakyat Malaysia


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi

 
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Ulasan :

Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yg dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah utk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tgklah gambar kt bawah ni sendiri..
 

Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan mkn beras percuma stok sebulan.
 

 Hahh... atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..
 
Tapi yang peliknya kat bawah ni...

 
PASAL APA TAK DA SAPA NAK KUTIP?? Sedangkan keenam² gambar di atas adalah HARAM.. 

Keh keh keh.. Malaysiaku tercinta..

"Haram tetap haram.. tepuk dada tanya iman... wajarkah???"