Saturday, December 17, 2011

KAYA Kopitiam, Jejantas Sg. Buloh – TerHAMPEHHH!



 Aku nie bukanlah makhluk yang cerewek tapi pagi nie kesabaranku teruji... tengok pada Branding dan susun kedai nie bleh laa nak di samakan macam White Town Coffee House or Coffee Bean..

 Harga menunya pn bleh tahan gak.. so aku mengharapkan services dia pun hampir sama laa kalau tak setaraf pun.. namun segala tanggapanku meleset sekali... sungguh HAMPEHHH!!!

 Air kopi dan teh yang dipesan dihidangkan dalam cawan kertas yang bagiku layak dan hanya boleh dilihat di rumah terbuka ataupun acara sukan sekolah rendah sahaja.. kecian sungguh.. kedai gah namun nak beli cawan seramik lebih pun tak mampu....

sungguh sedih... tak setaraf dengan imej kedai yang gah!
 Telur separuh masak pula dihidangkan dengan sungguh meloyakan... sudahlah ianya telah dipecahkan dan dimasukkan kedalam cawan kertas juga dan tiada sudu!!! Nak suruh tongak macam minum air sejuk ker??? setelah di tegur barulah dihantar pula 2 mangkuk plastic macam ku lihat di sekolah TADIKA Auney....ada ker patut??? rasanya kedai tepi jalan pun tahu jaga standard!

tengok pun tak selera nak telan....
mangkuk kat TADIKA Auney pun lagi cun dari yang ini!!!
 Sengkek sangat ker kedai nie??? Kalau nak meniaga biarlah dengan ikhlas dan penuh beretika.... aku bayar sama saja seperti orang lain tetapi kenapakah aku dilayan sebegitu rupa???

harap kedai jer macam bagus tapi services hampeh!!!
 Nasihat aku pada diri sendiri dan juga mereka yang membaca.. semoga tiap apa yang kita buat dalam kehidupan biarlah jujur dan ikhlas kerana tiap yang berlaku pasti ada balasan mahupun hikmah... fikir-fikirkanlah....

 “U will get what u give!!!”



2 comments:

  1. Assalamualaikum .Kalau dah rasa kedai tu tak berapa nak memuaskan ,boleh je pergi dari situ dan ngumpat dalam hati tapi janganlah nak memperburukkan apa yang orang lain dah usahakan .Cukup bersyukur walaupun dapat makan dalam cawan yang sengkek macam tu .Dah tahu kedai tu tak tulis 5 star gitu ,buat apa pergi lagi .Kalau nak standard sangat ,pergilah makan kat kedai kesayangan awak tepi jalan tu .Nasihat saya kat awak ,bersyukurlah kat apa benda pun yang awak ada/makan .Nak jujur pun ,tak payah la jujur sangat pasal keburukan ."tiap yang berlaku pasti ada balasan mahupun hikmah."
    minta maaf atas kekasaran .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya lepas order baru tau.. aku pn bukan gilerkan standard cukup sekadar ikhlas dalam berniaga... customer have their right even not always right!!!

      aku x pernah jaga standard tapi janganlah menganiaya pelanggan... nak kata tobat tu x laa tapi klau x darurat.. InsyaALLAH aku x akan jejak kaki lagi kat situ...

      tujuan aku tulis utk pengajaran pada peniaga lain mahupn diri aku sendiri... klau x suka apa yg aku tulis.. sorry laa.. aku x bleh memuaskan hati smua org...

      anyway tq atas komen yg diberikan...

      Delete