Friday, December 23, 2011

Ayah.. perginya seorang HERO!


MyDad MyHero....

Tanggal 23 Disember 2007, 8.40mlm kembalinya seorang yang amat dan paling ku sayangi! ABD RASIK MOHD LAZIM kembali kepada PENCIPTA yg ESA...

 Sesungguhnya pemergian akibat barah buah pingging itu telah meninggalkn seorg balu, 5 anak & 3 cucu yg akn merinduinya teramat sgt. Pemergian ini 1 kehilangan yg tiada penggantinya! ... perginya tak kembali lagi... Biarpun dia sudah tiada didunia fana ini, namun dihatiku dia kekal selamanya....

 Aku redha. Aku pasrah. Aku hanya insan daif lg kerdil utk mempertikai mahupun menahan ketetapan NYA. Namun jauh dilubuk hati, aku hanya mampu berharap, ini hnya 1  mimpi ngeri atau1 masa yg mampu ku ubah kembali. Sesunggahnya tidak terlintas difikiran aku untuk menerima hakikat yg maha benar ini.

Ayah...

 Aku kini tlh menggalas bukan sahaja tanggungjawab kepada family sendiri juga family ayahku.

Dalam tangisn kepiluan aku berdoa dan aku pohon kpd DIA, ALAH yg MAHA ESA lagi MAHA MENGETAHUI agah roh ayahku ditempatkn disamping org2 yg beriman & soleh, Amin.

Moga pemergian ini mempunyai hikmah yg tk hingga zatnya.


Ayah!

 Ketahuilah bahawa anakmu ini amat menyayangimu seperti mana dikau menyayangi kami semua. Angah ingin menjadi seperti mu! Insan mulia yg tegas namun penyayang...

Ayah!

 Tenanglah dlm sayap Nya. InsyaAllah kita akn ketemu jua dgn izin Nya. Angah teramat menyayangimu & menyanjungimu! Semadilah dgn aman & tenang. Tanggungjawab suatu tika dulu tergalas atas bahumu akan kini berpindah ke bahu angah. Dgn izin NYA, akn angah laksanakn seadil & sesaksama yg mungkin. Percayalah anak tunggal lelaki mu ini....

Sayonara ayah.. Jumpa lg di sana....

Al-fatihah.

sambut besday yang ke 63tahun
first time kena tahan di HKL.. kena plak tido atas pengusung.. sedih betul!!!
kenangan dirumah along...
ayah bersama cucu pertamanya...
kenangan bersama achik & fish..
sweet memory - ketika menggenggam segulung sijil diplomaku
kenanagn terindah di Teluk Bati Perak



Raya 2001
bergambah bersama keluarga anak angkatnya (Keluarga Abg Wahid Putra)
Raya 2002

Raya 2004


aku, emah & arwah

pasangan yang secocok
ku pohon keampunan...
Raya 2006


“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu””. (al-Haysr: 10)



1 comment:

  1. Tiada lagi yang dapat diungkapkan tika ini... hanya air mata yg jernih mengalir tatkala teringat akan arwah... rasanya terlalu awal dia dia diambil Allah... terasa tak sempat lagi jasa mu membesarkan 5 anak2 ini dibalas... byk lagi rancangan utkmu tak terlaksana... moga pemergian mu mempunyai hikmah tersendiri... hanya doa sentiasa dikirim untukmu... moga rohmu ditempatkan dikalangan orang2x yg beramal soleh..
    ~Along~

    ReplyDelete