Friday, July 06, 2012

Bantuan amatlah diperlukan!!!



 Sekadar ingin berkongsi... kepada yang ingin membantu.. tahniah & Alhamdulillah diucapkan... namun jika tidak berminat.. abaikan artikal ini dan janganlah berfikiran buruk sangka juga negetive... 

 kita tidak tahu bila pula masa kita akan tiba......



39 LORONG KTC 3/16
KULIM TECHNO CITY
KULIM HI-TECH PARK
09000 KULIM KEDAH
012-5351213                                                                     20hb June 2012
KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.



Mohon bantuan kewangan.

Tuan,

Saya  MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN No K/P 770818-02-5791 seperti alamat diatas ingin memohon bantuan keewangan  daripada pihak tuan bagi menampung perbelanjaan rawatan  anak saya.

2.       Buat pengetahuan pihak tuan, anak lelaki saya yang kedua iaitu  MUHAMMAD HAFUZA RAYYAN No My Kid 081205-02-0097 berumur  3 tahun 5 bulan dimasukkan ke hospital pada 5hb February  2012 setelah didapati kencing berdarah dan  telah disahkan mengidap penyakit kancer buah pinggang(Wilm’s Tumor ) peringkat III selepas keputusan  ujian biopsy  pada 16hb February 2012. Pembedahan telah dilakukan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak akibat kancer tersebut pada 23hb February 2012 setelah berlakunya pendarahan dalaman.  Buat masa sekarang saya perlu membawa anak saya untuk menjalani Chemotherapy  setiap kali mengikut jadual yang dikeluarkan Pakar kancer Hospital Besar Pulau Pinang dan dia juga kerap kali dimasukkan ke wad apabila keaadaannya tidak stabil selepas Chemotherapy di buat. Rawatan ini akan berterusan dan mengambil masa yang agak  panjang. 

3.       Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti bergaji saya dah pun habis untuk menemani anak saya di wad memandangkan ibunya perlu menjaga  dua orang anak lagi yang berusia 5 tahun dan satu tahun lebih. Saya yang bekerja kilang secara kontrak ini dan berpendapatan rendah buntu kerana tidak dapat menambah pendapatan dengan bekerja lebih masa lagi seperti sebelumnya kerana anak  sering kali deman dan kerap dimasukkan ke wad.
Dengan penerangan diatas saya amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya . Bersama ini saya sertakan dokumen pengenalan, surat pengesahan doktor  serta gambar anak saya sebagai rujukan.  Sekiranya pihak tuan sudi bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun MAYBANK  152031508654 yang didaftarkan atas nama saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN

Keperhatinan dan bantuan daripada tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
MohdSaad                                                                                                                                                                                                                                                                 (MOHAMMADSA’AD)     

                                                                                 





                          
   
 
Daripada Abu Hurairah r. a berkata : Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran Hadis :

Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang. Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT di akhirat kelak.
                                                                                                                                                                    

No comments:

Post a Comment