ASAL USUL KURMA AJWA
Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma
Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri. Di ceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang
berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada
untuk di makan oleh baginda. Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W
sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan
sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang
sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril
tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W
berbuka puasa. Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut
kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah
seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan di maklumkan
juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah
Adab dan khasiat
KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN
Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma
kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS. Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya,
akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Berilah makanan
kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu
akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih
hatinya)".
Abu Abdillah berkata:
"Buah kurma adalah salah
satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata:
"Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa
racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata:
"Barangsiapa
memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan
mati".
Qola rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam :
“man tashabbaha kulla yaumin sab’a tamaraatin ‘ajwatan
lam yadhurrahu fii dzalikal yaumi summun walaa sihrun”. (shohiihul bukhaari)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa yang makan
pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan
sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment