Dalam masa kita sekarang
bersuka-suka dibulan puasa.... berebut2x utk mengejar pahala.... dan selepas ni
kita nak sambut raya plak.... rupanya ada saudara kita di Burma yg menanggung
derita atas kekejaman kaum kafir... dan mereka ini tak pula di lebel sebagai
terrorist... paling sedih, pihak berkuasa polis dan tentera pun menyokong mereka....
huhuhu... mari kita doakan agar mereka dipelihara Allah.. dan semoga Allah
membantu mereka serta menghentikan kekejaman ini....
"Sekiranya
kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini,
nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan,
Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang
penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak
sekian lama?"
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang
urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah
seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk
Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
3. Manakala kampung Sara
Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga
tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus
apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine
termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran
antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke
beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah
penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai
yang cedera.
5. Berdasarkan maklumat
langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh
dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network,
dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi
cedera di Maungdaw.
6. Namun, mayat mereka
yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak
diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat
bilangan yang terbunuh sehingga kini.
7. Pelarian Rohingya di
Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan
dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di
hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan
rawatan yang diperlukan.
8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
9. Pihak berkuasa telah
menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik
Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar
rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
10. Setakat ini, berita
yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di
sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid
turut dirosakkan.
11. Rumah orang Rohingya
dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan
tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu,
penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila
mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
12. 9 hb Jun 2012, sebuah
kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua
kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai
umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang
oleh pihak Rakhine.
13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
15. Kini lebih 400,000
pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand,
150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di
Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif
kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
16. Nasib umat Islam
Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan
sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah
mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih
berada di wilayah Arakan, Myanmar.
17. Antara penderitaan
yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan
tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti
dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan
keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan
pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.
18. Penduduk Rohingya
didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk
kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh
memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun
hanya kerana memiliki telefon bimbit
"Ini bukan jahat tapi kejam & zalim dah.... moga ALLAH SWT menurunkan bala ke atas kaum Buddhis Rakhine yang dilaknati ini..."
Lu pikir la sendiri.....
No comments:
Post a Comment