Thursday, June 16, 2011

Road to Langkawi-Day 5

Bagaikan ada batu diatas kepala, semuanya seperti malas untuk bersiap pulang... rasanya seperti baru semalam tiba di Langkawi ini....

Setelah dua kali berulang alik untuk mengambil barangan jua empunya barang akhirnya semua tiba di Jeti untuk kembali ke Kuala Perlis dengan menaiki feri pada pukul 1.00 petang.  Aku cuba merehatkan diri coz pastinya aku akan memandu pulang hingga ke KL.

Setiba di Jeti Kuala Perlis, kami di sambut dengan hujan yang sungguh lebat.  Agak sukar untuk aku dan Abg Dilan mengambil kereta kami yang parking agak jauh dari jeti tersebut.  Setelah menyusun dengan teliti akhirnya semua penumpang dan juga barang dapat dimasukkan kedalam Waja & Alza... nasib baik beb... makmentuaku dah risau takut ada barang yang tak muat... kekekeke....

Setelah drive lebih kurang tiga jam, kami smpai di rumah Uwah di Bukit Candan, Kuala Kangsar untuk beristi rehat dan membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan.  Kami disambut dengan gembira sekali.  Ini adalah distinasi kami yang terakhir sebelum pulang ke KL. Rumah Uwah telah di ubahsuai menjadi lebih moden dan cantik.  bapakmentuaku membuat tour utk aku dan A. Dilan.. Aku tertarik dengan beberapa koleksi yang terdapat didalam rumah ini. Unik & antik!...
Radio antik
Tempat khas yang di buat sendiri oleh ayah bapakmentuaku utk radio antik tersebut... hebat bukan??

gambo ketika banjir melanda Kuala kangsar pada 6.1.1967

koleksi barang tembaga...


tepak sirih tembaga


hasil pertukangan ayak bapakmentuaku... unik! dulu dah ada design camni...huhuuhu


simple tapi menarik.. pertukangan sendiri.. hebat!!!

made from holland
 Sambil itu kami dijamu dengan roti canai hand make! Uwah buat sendiri.. sungguh sedap beb... hehehehe..

 Sebelum meninggalkan rumah itu, seperti biasa kami mengambil gambar sebagai kenangan terindah utk tatapan dihari muka....
kami & uwah..
 Aku hanya dapat bertahan sekejap sahaja.. selepas itu bapakmentuaku telah take over coz aku penat sangat dan terus ter zzzzzz..... kekekekekee... sedar sahaja dah nak sampai Rawang... sorry laa father in law.. anak antu dah takbleh tahan....

Alhamdulillah kami semua selamat sampai di Kubu Gajah pada pukul 1.00pg... abg Dilan & family tido kat umah mak tapi aku & da family balik ke Desa Coalfield coz hajat di hati my wife nak keja keesokkan hari nya tapi apakan daya penat mengatasi segala-galanya... hahahahaha....

“Aku merasa sungguh bersyukur coz trip yang dirancang ini telah terlaksana dengan cemerlangnya... terima kasih ya ALLAH SWT....”

No comments:

Post a Comment