Tuesday, June 07, 2011

Perubahan itu perlu....

 Perubahan sentiasa berlaku didalam kehidupan, namun tiap manusia akan melihat perubahan dalam 4 tindakbalas ada yang mengunakan kretiviti untuk berubah, ada yang anti kepada perubahan tersebut, ada juga yang tunggu apakah kesan perubahan tersebut serta tidak mahu melibatkan diri dan yang keempat ada yang mengambil kesempatan diatas perubahan tersebut.  Satu pertanyaan dimana kita apabila kita memperkatakan perubahan in, adakah kita mengunakan kreativiti kita untuk mendapatkan sesuatu perubahan dalam kehidupan.

 Hidup sentiasa berubah samada kita mahu atau tidak, rambut yang hitam bertukar kepada putih tanpa kita minta. Rambut yang lebat akan menjadi kurang.  Kita menerima perubahan ini seadanya dan kita tidak akan merunggut  diatas perubahan yang berlaku kepada fizikal kita.  Tetapi apakah kita merasakan suatu keperluan perubahan kepada tingkah laku kita.  Jika semasa muda dahulu kita tidak banyak membaca Al Quran adakah dengan perubahan masa dan usia semakin tua kita akan banyak membaca Al Quran.  Atau kita tetap seperti kita, kita tidak akan berubah dan tetap seperti diri kita.  Apakah kepercayaan kita terhadap kehidupan yang akan kita lalui.

 Berbagai orang berbeza pandangan apabila menerima perubahan, setiap orang ada keperluan asasi yang berbeza dengan perubahan, perubahan melibatkan kehilangan dan melalui loss curve. Tanggapan perlu diuruskan secara realitik dan akhirnya ketakutan perubahan perlu ditangani.  Semua perkara ini akan menghalang perubahan itu daripada berlaku.  Oleh sebab itu kita perlu mengatasi segala punca-punca tersebut bagi diatasi untuk memberikan motivasi , misi dan visi yang jelas untuk maju kehadapan.

 Comfort zone adalah suatu yang akan kita tinggalkan apabila melalui perubahan tetapi sejauh mana kita bersedia untuk meninggalkan comfort zone yang kita ada sekarang?  Ramai orang yang tidak mahu bertukar bahagian atau unit kerana tidak tahu dibahagian baru nanti apakah peranan yang akan dilakukan.  Apatah lagi jika mahu berhenti kerja, ianya suatu yang diluar kebiasaan dan akan menyukarkan kehidupan namun kita tidak akan mencapai sesuatu kejayaan kedunia baru jika kita tidak berani belayar meninggalkkan pantai kelaut yang penuh dengan gelora untuk mencari sesuatu tempat yang baru untuk kehidupan. Cabaran dan perubahan adalah lumrah kehidupan dan sejauh mana kita bersedia untuk melaluinya.  Allah hu Alam.



Ehsan serta pandangan dari Ibrahim Abd Rahman

2 comments:

  1. perubahan itu berisiko, x berubah lagi risiko... wallah hu a'lam..

    ReplyDelete
  2. tiada yg tidak berisiko.. hidup perlu diteruskan jua...

    ReplyDelete