Wednesday, July 06, 2011

Solat @ Sembahyang


 Solat adalah suatu yang wajib kita lakukan didalam kehidupan sebagai seorang Islam.  Namun kita menyedari dan merasai solat yang kita lakukan sering kali dalam keadaan leka dan kita melakukannya hanya sekadar menurut perintah yang telah diwajibkan kepada diri kita.  Kita solat tetapi semasa solat kita hilang fokus kita, kita memikirkan tentang masalah yang kita hadapi, kita memikirkan tentang pekerjaan yang belum siap, kita memikirkan tentang rumah, anak-anak, isteri, ibu ayah dan banyak pekara yang bermain didalam pemikiran semasa kita melakukan solat.  kadang kala kita solat kerana nak cari barang yang hilang atau terlupa kerana masa itu kita boleh fokus terhadap masa yang lalui dan dimana barang yang kita cari kita letakkkan.  Kadaang kala kita terlupa berapa rakaat yelah kita lakukan, bukan tidak boleh untuk terlupa tetapi jika setiap rakaat terlupa ini suatu yang perlu diperbaiki.  Kita kadang kala tidak terlupa sebab kita bersolat jemaah dan mengikuti apa yang imam lakukan tetapi sering kali selepas solat hati kita berkata "Dah habis, cepatnya, cukup ke 4 rakaat tadi?"  Berbagai lagi suasana yang menunjukkan kita tidak fokus terhadap amalan solat yang kita lakukan.

 Kita juga sering melakukan solat diakhir waktu, kita begitu berat untuk melakukan solat berjemaah dan kita sering nak melakukan dengan cepat solat kita, jika dikatakan seperti melepaskan batuk ditangga, kita akan marah tetapi itulah hakikat solat yang kita laksanakan.  Kadang kala ada juga yang terlalu sibuk sehinggakan terlupa untuk menunaikan solat, ada yang mengkadaqkan solat dan berbagai pandangan kita terhadap solat yang akan dilahirkan didalam tindakan kita seharian.  Solat sebagai pencegah mungkar tidak berlaku didalam kehidupan kita.  Saya ingin memetik pandanagan Keempat-empat imam terhadap solat.

1. Imam Ahmad rahimahullah (maazhab hambali) berpendapat seorang yang meninggalkan solat kerana malas hendaklah dihukum bunuh kerana kufur berdasarkan zahir hadis-hadis lalu menunjukkan bahawa meninggalkan solat adalah punca menjadi kafir.

2. Imam Maliki dan Imam Syafiei (mazhab maliki dan mazhab syafie) berpendapat orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran walaupun meninggalkan satu solat hendaklah diminta bertaubat selama tiga hari sepertimana orang murtad diminta bertaubat.  Sekiranya dia tidak mahu bertaubat maka hendaklah dihukum bunuh.  Hukum bunuh ini adalah sebagai hukuman had (hudud) bukannya disebabkan kafir.

3. Mazhab hanafi pula berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas hukumnya adalah menjadi fasiq yang perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga dia menunaikan solat dan bertaubat kalau tidak dia perlu dipenjarakan sehingga mati.

“Oleh itu solatlah anda sebelum anda di solatkan...“

  




Cerita asal-Tn. Hj. Ibrahim Abd Rahman

No comments:

Post a Comment