Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi:
محمد بن عبد الله; disebut [mʊħɑmmæd]
(570 M-8 Jun 632
M)[1]
merupakan nabi dan rasul yang terakhir
bagi umat Islam.[2]
Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi:
نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung
Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung
Arab,[8][9]
baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul
Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin
Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan
saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana
baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun).
Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama
daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira.
Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada
penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah
satu cara hidup (الدين ad-Din) yang
diterima Allah sahaja.
Baginda lahir dari Keturunan
Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12
Rabiulawal (20
April 571M). Ibu
baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada
Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul
Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail,
anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum
kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira
enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim
piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah
dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda)
yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila
datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa
saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan
perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil ,baginda tidak pernah
menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab
jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran
Diriwayatkan bahawa surah
AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di
padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril
a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada
hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh
itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini
adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a.
menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para
sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar,
apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu?
Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan
pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
“Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”
Setelah mereka mendengar
penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata
Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka
telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu
Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari
para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a.
dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan
rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para
sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau
menuju ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w.
sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka
yang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua
menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a.
mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah
dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua
yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a.
mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya
sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya.
Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing
dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w.
bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah
Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang
mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari
selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35
hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah
s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para
Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w.
menunaikan solat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai
mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
“Alharndulillah, wahai para
muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang
kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung
kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau
ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan
membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w. berkata demikian
sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin
Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda
tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu
mengernukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang
Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari
belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya
saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul
unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul
pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul
saya atau hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai
‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan
ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah
sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah
Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a.
menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal,
saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat
beliau.”Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta
tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah
menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai
Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah
s.a.w.?.”Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja
Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu
kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima
tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke
hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w.
tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar
kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata:
“Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu
berkata: “Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping
Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash
Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu
sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun
dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini
adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu
menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun
berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w.
“Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah
berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak
memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat
tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya
tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul
anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang
dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya
dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
“Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah
orangnya.”
Kemudian semua para jemaah
bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat
genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah
keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang
tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”Apabila ajal
Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah
Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah
s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua
bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari
perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat
kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga.
Kalau telah sampai ajalku maka
hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku
dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku
dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu
letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu
semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku
ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s.,
kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhirsekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru
kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat
mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan
nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul
yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi
kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara
kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya
setiap persoalan yang timbul nanti?.
“Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: “Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan
yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua
dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam
sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras
maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata
demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah
s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam
sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan
wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah
berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke
rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun memberi salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab
oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun
kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak
lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi
salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh
Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku
ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan
di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai
di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah
Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan
dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar
r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh
rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.;
“Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata:
“Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian
Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w.
bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah
s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para
jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka
Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam
pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa
kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan
meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di
akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”
Setelah berkala demikian maka
Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan
kepada malaikat lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya
maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah
kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku.”
Sebaik sahaja malaikat lzrail
mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan
menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah
Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: “Assalaamu alaikum yaa ahia baitin
nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap
untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah,
bolehkan saya masuk?” Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun
berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang
semakin berat.”
Kemudian malaikat lzrail berkata
lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar
oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.:
“Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fatimah r.a. pun berkata:
“Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan
kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata; “Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah;
“Tidak ayah.” Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala
macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan
semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air
matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu
menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan
bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail
masuk.
Maka malaikat lzrail pun masuk
dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w.
menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau
untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah
untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau
kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai
lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan
Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak beberapa saat kemudian
Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila
Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril
a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril,
beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.”
Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Berkala Rasulullah s.a.w.:
“Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat
nanti.” Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud:
“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum
engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah
puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
“Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”
Selelah itu Malaikat lzrail pun
memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w.
pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s.
mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau
itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
“Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata:
“Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu
dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik r.a. berkata:
“Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku
wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah
diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau
sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w.
berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat
Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat
ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor
ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu.
Salam Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W...
No comments:
Post a Comment