Monday, January 31, 2011

Double Movie at e@Curve

 Rasanya lama sudah wa tak tengok movie kt panggung wayang.  Kali nie wa bawa bini wa dating kt e@Curve sambil tengok wayang.
bergambo kenangan sebelum masuk pawagam..
 
Movie yang pertama wa pilih adalah Shaolin.  Filim ini mengisahkan Genaral Hao (Andy Lau) berperang untuk menjajah tanah jajahan baru tetapi telah dikhianati oleh pengikut setianya sendiri lakonan Nicholas Tse yang tamakkan kuasa & harta. Selepas pergaduhan dan anak dia mati dalam pergaduhan tersebut, Hao telah mengabadikan diri di Kuil Shaolin hinggalah dia mati dalam mempertahankan kuil tersebut.  Bagi wa cerita nie best.  Daei 5 Bintang wa bleh kasi 4 Bintang.  Filem nie penuh dengan emosi & aksi.  Rasanya tak rugi kalau menontonnya buat kali 2... huhuhuhu...
 
 
thumb up utk movie nie...


 Untuk movie kedua, wa tengok cerita The Green Hornet. Secara jujurnya cerita nie biasa saja. takde daya tarikan yang kuat. Rasanya tak mungkin wa beli DVD utk simpanan berbanding dengan cerita Shaolin, kompom wa beli punya bila gambo dia dah clear. Dari 5 bintang, wa kasi 2 1/2 bintang jer... tu pun kira ok laaa... huhuhu.. Filem nie kira aksi campur komedi... maybe jalan ceritanya  bleh di olah agar lebih menarik skit dan pemilihan pelakonnya mestilah menepati kesesuaian wataknya...

Apa pun yang pasti wa dapat meluangkan lebih masa dengan bini wa tanpa diganggu oleh Auney coz dia, wa anto gi umah nursery nya.. kekekeke...
 Abis jer tengok cerita nie, bini wa pun mengisi la borang peraduan berkenaan cerita The Green Hornet nie... apa dia punya hadiah pun wa tak tau.  Lepas isi jer terus masukkan dalam peti peraduan yang ada kat situ...Ahh lantak laaa janji hantar! kalau tak cuba takkan tau coz tuah ayam nampak di kaki, tuah wa sesapa pun takkan tau! huhuhuh
tengah khusyuk mengisi borang...
 
Bismillahirrohmanirohim... fuhh minta laaa dapat....


 Sebelum kita olang meninggalkan e@curve nie, bini wa sempatlah berposing untuk kenang-kenangan... cantik sungguh pokok nie.  Teringin plak nak gi jengok kat I-City Shah Alam... InsyaAllah ada rezeki tak kemana!!!..

Sekali tengok cam kat negara olang puteh! hehehehe
 Kalau tiada aral melintang, esok wa cadang nak bawa auney gi Zoo KL, hopefully cuaca cerah dan tak ujan laa... huhuhuhu...

"Sesekali kita perlu luangkan masa bersama pasangan tanpa gangguan anak, mungkin ia bleh mengaretkan lagi hubungan yg sedia ada..."

No comments:

Post a Comment