Friday, February 04, 2011

Auney @ Zoo


Seperti yang telah aku janjikan, pada 1hb Feb 2011(Selasa) yang lalu aku telah bawa my family ke Zoo KL. Selain dari wife wa & auney, Mak Busu, Orang gajinya dan 2 orang anaknya join sama.  Kami tiba seawal 11. 15 pagi.
Syukur Alhamdulillah akhirnya tercapai jua hasrat aku yang sekian lama terpedam untuk bawa auney ke Zoo KL. Kepuasan tak terhingga kala melihat wajah cerianya setelah tiba di destinasi.
Rasanya tidak keterlaluan kiranya aku katakan Zoo KL kini telah banyak berubah. Persekitarannya yang bersih dan tidak lagi berbau seperti ketika kali terakhir aku kunjungi dizaman bujang dulu... hehehehe

Sejurus masuk jer ke dalam kawasan zoo, aku dimaklumkan oleh kakitangan zoo yang persembahan haiwan baru saja bermula, so kami pun bergegas la kesana... dapatlah melihat beberapa haiwan membuat pertunjukan...
 
Antara haiwan yang membuat persembahan adalah anjing laut, singa laut, burung helang & seekor haiwan yang wa sendiri tk pasti spesis jenis apa!!! kekekeke
bijak sungguh anjing laut ini....
Ini plak Helang yg menunjukkan skills nya....
 
ini plak singa laut yg sungguh kuat... huhuhuh
sungguh terhibur...
 
 
ini plak mascot bagi Muzium lebah yg terdapat didlm zoo ini.
auney menunjuk skill hikmat dewa terapung.... hehehe...

Pak Bela pemalas...lepak jer dia tau...
 
 
 
 
 
spesis baru ker nie??? hehehehe
 
bergambo ngan mak spesis baru... kekekek
andai dapat ku memilikimu....  
No komen.. hehehehe

apa tengok tengok???
jarang dpt tengok ular tedung selar (Kng Cobra) berdiri....
Penat berjalan. naik tram plak.....

 
Chowkit... Chowkit... kekekekeke

auney yg dh kepenatan....
penat pn gaya mesti ada... huhuhu
 


 
 


Sesungguhnya aku bersyukur kerana cuaca begitu baik seolah2nya meerestui dan menyokong usaha murni aku mebawa auney bersia2 di Zoo Negara.

Next target adalah Aquaria di KLCC... semoga suatu ari nanti impian menjadi kenyataan... InsyaAllah!






No comments:

Post a Comment