Wednesday, February 23, 2011

Muzium Taiping muzium tertua di Malaysia

Ini adalah bahagia sisi Penjara Taiping yang telah dibina pada tahun 1879.. 100 tahun kemudian baru aku lahir.. hehehe
Ketika cuti hujung tahun lalu aku berkesempatan melawat Muzium Taiping bersama Auney.  Kesempatan mendalami sejarah Negeri Perak digunakan sebaik mungkin.
Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang. Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.
Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   
kubur lama yg disusun semula. terdapat dua keping batu asal selebihnya adalah batu replica
Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkap dan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  
Patung J.W.W Birch yg di bunuh oleh pengikut Datuk Maharajalela pada tarikh 2 November 1875 (sama tarihk lahir Auney! hehehe)
 
 
 
 
 
Basikal terpanjang sebanyak 14 unit telah mencatat rekod didalam Malaysia Book of Record.
Sauh kapal bapak besau...
 
Di Muzium ini juga mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.
tengkorak kapla gajah...

Muzium Taiping ini adalah merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.





Aku merasa sungguh bangga kerana muzium tertua dinegara ini terdapat di negeri tercinta ku.. hehehehe... Perak no. 1!... caya la bro....

(rujukan & ehsan dari web http://www.mptaiping.gov.my/muzium)

No comments:

Post a Comment