Wednesday, January 04, 2012

Solo @ Bukit Tabur, Melawati


 Lama sudah aku tidak menjejakkan kakiku di Tabur, Melawati ini... Hampir saja aku tidak berjumpa dengan trek ini namun Allah masih memberi petujuk kepadaku... Alhamdulillah ketemu jua titik mula trek ini...


 Aku bermula agak lambat kerna ada beberapa perkara yang harus ku selesaikan dulu... pada awalannya aku agak semput.. kekekeke.. maklumlah dah lama aku tak mendaki sejak pulang dari Kinabalu dulu... huhuhu....




 Permandangan dari atas Bukit Tabur ini masih tidak berubah.. masih Indah!!!.. aku terpegun melihat keindahan ciptaan Ilahi ini...


 Di tengah perjalanan aku bertemu dengan 3 pendaki otai.. biarpun telah berusia dan bertongkat.. mereka masih bersemangat mendaki... kata mereka “generasi masa kini makin malas dan lebih suka menghabiskan masa di depan computer & TV”... Aku bersetuju dengan pendapat itu!!!

 On trek, aku di ingatkan oleh otai tersebut.. bahawa akan ada sarang tebuan yang membuatkan laluan dilencongkan sedikit... aku melaluinya dengan penuh hati2 agar mereka tidak rasa terganggu... klau tidak aku pula yang akan rasa terancam.. kekekeke


 Belum sempat aku menghabiskan pendakianku, telefon bimbit aku telah bordering... MyWife mengadu penat dan ingin mengambil MC.. aku matikan pendakianku dan terus bergegas turun... Aku tahu peluangku untuk menyambung kembali pendakianku dimasa akan datang terbuka luas... One Day maybe!!!! InsyaALLAH...

 Apa pun sempat jua MyWeapon merakam beberapa foto untuk tatapan mereka yang sealiran dan memahami erti kebesaranNYA...

 Layan bro.....








Take Nothing but Photo
Leave Nothing but Footstep
Keep Nothing but Memory.....

2 comments:

  1. salam lee, nnt ada ms kita daki sesama... teringin jugak nk mendaki broga hills... mula yg rendah2 dulu... - from uk with love

    ReplyDelete
  2. Salam org UK... InsyaALLAH nanti kita daki sesama.. tp rasanya Bukit Tabur lagi rendah dari Broga hills tu... kekekeke

    ReplyDelete