15th August 2013 @ 08 Syawal
1434, tarikh yang tak mungkin boleh dilupakan.
Hari ini dalam sejarah!!! Mywife & Auney menghadapi mimpi ngeri
apabila terlibat dalam satu rompakan di Pasaraya The Best dekat Desa
Coalfileds, Sungai Buloh.
Tengah beratur tunggu nak bayar di kaunter,
tetiba datang tiga macha bersama tiga parang panjang telah masuk mengarahkan
semua pengunjung supaya TUNDUK!!!...
Dalam keadaan panic, Auney plak terlepas
daripada pegangan ibunya.. ALLAH saja yang tahu betapa risaunya MyWife ketika
itu... aku juga tak dapat bayangkan jika ada apa2 terjadi pada dia. mujur Auney
dapat ditemui dalam kelam kabut itu dan terus tarik ke rak barang paling
belakang sekali. Syukur Alhamdulillah...
Mywife cakap kejadian itu berlaku dalam
sekelip mata sahaja tak lebih 30 saat... habis barang bersepah dilibas parang
panjang penjenayah tersebut... Tiga kaunter yang terdapat dalam pasaraya
tersebut abis duit di samun!
Mereka mungkin telah merancang lebih awal
coz kejadia berlaku hampir pukul 10.00 malam dimana waktu itu pasaraya tersebut
sudah hampir tutup.
Kejadian itu membuatkan aku lebih berhati2
untuk membenarkan MyWife pergi membeli belah seorang diri. Biar takde makanan
daripada takde nyawa....
Kini Negaraku MALAYSIA bukan lagi negara yang selamat.... mana2 tempat ada jer
jenayah berlaku tak kira siang mahupun malam... macam2 ada jer sekarang nie...
kes tembak menembak macam dalam movie jer.. senang sangat cabut nyawa orang...
itu bukan keja manusia.. itu kerja ALLAH SWT... nescaya celaka laaa mereka yang
suka menyusahkan orang lain...
Diharap pihak berkuasa dan berwajib sila
pantau dan bendung gejala ini daripada merebak menjadi parah... Aku berharap
mangkuk bertingkat yang terlibat dalam rompakan itu dapat ditangkap dan dihumban
kedalam lokap supaya menjadi tauladan kepada mereka yang lain yang bercita2
mengikuti jejak mereka itu....
“Peace No War”....
trauma giler beb... |
No comments:
Post a Comment