Tuesday, March 08, 2011

Keracunan makanan


Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan.

Apa yang pasti kini aku sedang mengalaminya... waaaaaa...sakit nya hanya ALLAH saja yang tau....  kini aku menjadi menunggu setia MR. Tan... dah jemu dia melihatku.... aku mendapat satu pengajaran baru..

Kalau dulu aku tak pernah kisah dengan permakananku tapi kini aku perlu lebih berhati-hati.... usia yg meningkat memungkinkan antibody ku semakin lemah...huhuhuh.... aku dah tua rupanya....
 
Masa sangat mencemburi aku........

p/s; sakit ku tiada kena mengena dengan kekalahan Manchester United buat kali ke -3... hehehehe

No comments:

Post a Comment