Saturday, March 12, 2011

Road to Padang Kota Lama, Penang


 Setelah penat merayau di Zoo Taiping juga di Taman Tasik Taiping, percutianku akhiri dengan bersiar-sia di Padang Kota Lama. Untuk membuatkan percutianku lebih bermakna, aku memilih untuk ke Pulau Pinang dengan menggunakan feri. Puas dan rasa sungguh gembira kerana dapat membawa anakku si auney menaiki feri buat pertama kalinya... sayang sungguh Wife ku tak dapat follow coz terikat dengan tugas kerja yang menidakkan dia untuk mengikuti percutian ini.. InsyaAllah suatu hari nanti aku pasti kembali dangan membawanya sekali.. usaha tangga kejayaan... heheheh...
 Auney sungguh teruja ketika berada diatas feri ini.. pelbagai soalan yang diajukan.. tersenyum aku melihat telatahnya... 
 Sampai saja dipulau aku terus memandu ke Padang Kota Lama.  Disana sekali lagi auney tidak melepaskan peluangnya untuk bermain ditaman permainan disitu... tak pernah jemu dan tak pernah puas si kecik nie... biarpun baru sahaja tadi dia penat bermain di Taman Permainan Taiping... takpe laaa asalkan dia gembira aku jua turun ceria... hehehehe...
Bonda tercinta.. luv u too much... tiada pengganti...
 Setelah puas dan penat bermain, kami terus ke gerai makan yang terdapat di Padang Kota Lama ini untuk menjamu selera. Sayangnya percutianku ini dipalit rasa tidak puas hati apabila ketika ingin membayar harga makanan, aku rasa sungguh terkejut kerana RM150 lebih yang diminta rasanya sungguh mahal kalau nak dibandingkan dengan makanan yang dipesan... aku kesal sungguh dengan sikap peniaga yang ingin mencari untung lebih tanpa memikirkan imej negeri itu akan terjejas dek kerna perangai mereka yang tidak bertimbang rasa...... bukanlah mahu berkira dengan harga yang diberikan kiranya makanan yang dihidangkan itu tersangat sedap setimpal dengan harga yang diberikan.. apa pun aku belajar dari pengalaman tersebut... 
macam sedap sgt sampai kena sembelih ngan peniaga.. mentang2 la aku org luar.. hampeeh btul!!!
antara makan yg mahal giler.. kulit kerang nie bleh gadai kat pajak gadai kut! tu pasal mahal.. huhuhuhu
ada ada hal... auney makan ngan jayanya...
 Namun tidak mahu memikirkan nila setitik, aku menikmati percutianku ini dengan penuh bermakna...
adik ku yang kerek...huhuhuh
 Selamat tinggal Pulau Mutiara.. Jumpa lagi di lain masa... InsyaALLAH!
 "Jangan terlalu memikirkan keuntungan tanpa memikirkan halal dan haram duit yang diperolehi... menjadi darah daging dari hasil yang haram pastinya tidak berkat... sendiri mau hingat laa.. lu pikir laaa sendiri...."

No comments:

Post a Comment