Friday, March 11, 2011

Zoo Taiping


  Kalau dulu aku bercerita tentang Zoo KL, kali ini aku mahu berkongsi tentang Zoo Taiping yang dahulunya dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah antara zoo tertua di Malaysia.  Satu lagi tempat paling tua terdapat di negeriku Negeri Perak... bangga betul jadi anak jati Perak... kekekeke.... tidak dilupakan ia juga adalah merupakan satu-satunya zoo yang terdapat diutara tanahair yang tercintaku ini...
 Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. 
 Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang2 tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah dan pelbagai spesis lagi. Tambahan pula, usaha2 pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, dan banyak lagi.
 Kawasanya yang kecil sesuai untuk kita menerokainya tanpa berjalan jauh tetapi dapat melihat pelbagai spesis hidupan liar.  Kalau nak dibandingkan dengan Zoo KL yang memerlukan masa yang lama untuk menerokai setiap inchi kawasannya, rasanya Zoo Taiping hanya memerlukan 2 jam setengah sahaja untuk melihat seluruh kawasannya tanpa merungut kepanasan kerana kawasannya yang sangat redup dipayungi oleh pokok yang merimbun....
tido dlm kedamain & alunan muzik burung yang berkicauan.... peace..

Kedudukan kandang haiwan yang berdekatan antara satu sama lain membuatkan kita tidak sedar masa berlalu dengan pantas.

Selain melihat haiwan di waktu siang hari, pembukaan night safari telah menjadikan ia zoo yang pertama membuat aktiviti sedemikian dan menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. 
  Aku sekeluarga merasa sungguh selesa dan terhibur ketika melawati dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain... pengalaman yang tak ternilai ini ku rakam dan ku abadikan untuk tatapan generasi akan datang sekiranya haiwan2 itu pupus dari mukabumi ini dek kerana kegelojohan manusia itu sendiri tanpa memikirkan impak dimasa hadapan.. fikir-fikirkan laaa...


No comments:

Post a Comment