Monday, March 07, 2011

XPDC Mt. Kinabalu 2009 - Sejuta Kenangan


Tanggal 12hb Mei – 13hb Mei 2009 adalah detik bersejarah dalam hidupku.  Puas hatiku pabila dapat menunaikan hajat isteri tercinta untuk menawan puncak Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia.  Perjalanan aku ini juga diiringi oleh Ajis & Hafiz dari KL dan Herman, Boy (adik Heman) & Nanie dari KK.
Perjalanan kami bermula dengan sempurnanya.  Aku naik flight pada 10hb Mei 2009.  Setibanya di KKIA, kami disambut oleh Herman bersama kereta sewa yang telah tersedia untuk dipandu.

Sebelum bertolak ke Kundasang, sempat kami singgah di Anjung Perdana Tanjung Aru untuk menjamu selera.  Permandangan di tepi pantai itu sungguh indah. Sempat jua merakam gambar disitu sebagai kenangan.
Perjalan ke Kundasang sungguh mengasyikkan.  Udaranya sungguh segar.  Kami sampai di Kinabalu Park lebih kurang 5.00petang.  Sengaja singgah di situ hanya untuk kepastian agar pendakian kami nanti tiada masalah.  Sungguh teruja takkala melihat puncak Gunung Kinabalu dari perkarangan Kinabalu Park tersebut.
Setibanya kami di TM Kundasang Resort, kami terus check in dan berehat sambil meantikan hari yang dinantikan....
11th Mei 2009 – Hari ini adalah hari bersantai kerna pendakian hanya bermula esok. Masa yang terluang, kami isikan dengan meneroka alam dan titian gantung yang terdapat di Ranau iaitu Kawasan Reakeasi Stesen Mata Air Panas Poring. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa 1 jam lebih.
Hari ini adalah hari yang bersejarah. 12th Mei 2009 pasti tarikh yang tak mungkin aku lupakan.  Seawal pagi semua orang telah bangun dengan penuh semangat yang berkobar2... hehehehehe... sampai di kaki gunung, aku telah uruskan pendaftaran untuk pendakian.  Setelah itu kami dikenalkan dengan jurupandu bernama Kuinten B. Gangok dan seorang lagi yang telah ku lupa namanya kami bertolak ke Tim Pohon (tempat bermulanya pendakian) dengan menaiki bas yang disediakan.
Pendakian bermula setelah menerima taklimat ringkat dari jurupandu agar tiada yang cedera ketika mendaki dan juga peraturan dan pantang larang di patuhi.
Setelah penat mengharungi lebih kurang 5 jam pendakian akhirnya aku dan rakan KL yang lain tiba di Laba Rata tempat dimana terdapatnya resort yang menempatkan beberapa banguan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian ke esok paginya. Pemandangan dari sini sungguh Indah.  Keindahan Ciptaan Illahi....
5 Star cafe
Kami bermalam di tempat bernama Gunting Lagadan.  Setelah membersihkan diri aku terus tido sambil memikirkan esok yang lebih perit dan mencabar.. zzzzzzzzz......
13th Mei 2009 - Bermula seawal 2.00 pagi kami meneruskan perjalanan... pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya sampai jua di Puncak Gunung Kinabalu puncak tertinggi di Asia pada ketinggian 4,095 metres (13,435 ft).  Rasa syukur ku panjatkan pada Illahi kerna merialisasikan impian & cita-cita isteriku dan rakan2 ku yang lain. Setelah bergambo kenang-kenangan, kami bergerak menuruni menuju ke Laba Rata dalam kesedihan coz terpaksa meninggalkan keindahan yang terbentang indah.. hanya kenangan dan gambo yang mampu kami bawa pulang buat tatapan dihari muka....


Perjalanan menuruni puncak gunung kinabalu bukanlah mudah seperti yang disangkakan.  Ada yang salah langkah maka diatas pengusunglah tempatnya hingga ke Rumah Ranger.   
Malang tk berbau... jatuh ketika turun dari puncak!!!
Syukur Alhamdulillah semuanya selamat tiba di Rumah Ranger Kinabalu Park tanpa sebarang kecederaan.  Setelah selesai urusan melapor diri dan mengesahkan kejayaan menawan puncak, kami semua akhirnya meninggalkan Kinabalu Park tersebut dengan sejuta kenangan....

Sayonara Mt. Kinabalu... moga ketemu kembali dilain lembaran..... InsyaALLAH!!!

No comments:

Post a Comment