Thursday, November 28, 2013

Doa seorang pendaki - entry terakhir sebelum bermulanya satu pengembaraan



Doa dan harapan ku...

Ya Karim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi meyertai satu aktiviti riadahan dengan izin MU. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa pada pagi ini kami menyertai satu xpdc mendaki Gunung Kinabalu bagi mengeratkan tali silaturahmi di samping menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi, jati diri dan motivasi dalam mengecapai Rahmat dan MaghfirahMu.Jadikanlah kami sebagai hamba-hambaMu yang engkau redhai.
Ya Allah…berkati dan rahmatilah aktiviti kami. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu, sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga denganya kami lebih taat dan patuh dengan suruhanMu.

Ya ZalJala liWal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu menawan puncak Kinabalu ini nanti… InsyaALLAH…Amin...

Credit kepada En. Elmy Fairuz kerana berkongsia idea untuk doa ini... thanks bro... 






 

No comments:

Post a Comment