Monday, March 14, 2011

Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

 Suatu ketika dulu sewaktu aku ada urusan kerja di Kuala Terengganu, aku telah menginap di hotel ini, biarpun pelbagai cerita seram yang ku dengar tetapi Alhamdulillah tiada apa yang pelik berlaku sepanjang aku berada disana... Cuma ingin aku berkongsi cerita disini berkenaan perkhimatan yang ditawarkan agak kurang menyenangkan... 

 Ketika aku ingin berjalan masuk ke lobby hotel tersebut tiada sorang pun pekerjanya yang menghulurkan bantuan untuk membuka pintu biarpun ketika itu tangan ku penuh dengan membawa pelbagai barang.. yang hangin lagi satu badan tu pabila terlihat kelibat pekerjanya yang tengah syok lepak bersembang dihadapan lobby tersebut... service hampeehhh...

 Nasib baik permandangan disini cantekkk... kalau tak.. mau aku sumpah seranah lagi.... sempat jua aku merakam beberapa keping gambo kenangan buat tatapan semua....


 “Keindahan itu milik DIA.. kita hanya menumpang dan meminjamnya sahaja... maka seharusnya kita menjaga sebaik mungkin agar dapat diwarisi kepada generasi masa hadapan...”

1 comment: